Thursday, February 11, 2010

Semoga

Semoga...

Benar kata mama ku, biarlah mereka yang tersayang itu pergi dan berlalu sahaja, mungkin benar apa yang dibicarakan mama itu satu kepastian yang perlu ku akur. Tak perlu untuk aku berdalih atau berpaling lagi. Salah sangka dan silap faham selalu terjadi antara sesama kita manusia, namun siapa yang sedar dengan semua ini. Adakah mereka faham tentang perasaan dan sejarah hidup yang penuh pancaroba? Mana ada keindahan dalam hidup ini jika semua manusia inginkan kepalsuan yang dibutakan hati nurani.

Sebenarnya tidak pernah ku pinta semua ini terjadi, semua di luar dugaan. Angkara hati manusia kita yang sangat dibutakan dengan keindahan duniawi yang sementara. Tidak pernah aku menghukum atau mengadili, tapi aku cuma terkilan dengan sikap sesetengah kita suka memperlekeh dan buruk sangka. Hah, aku benci sikap sebegini, itu yang kita cakap ini yang dibalasnya. Setiap hujah hanya lah sekadar bicara kosong di bibir ku sahaja. Tidak pernah mereka mengerti atas apa yang dirasakan. Hanya sedap di mulut sahaja mereka ini. Sungguh kejam manusia yang bemulut manis tapi hati dan niat langsung tak menggambarkan keikhlasan.

Kenapa salah sangka dengan apa yang aku lakukan selama ini, hinakah aku? Salahkah aku? Apa yang aku utarakan? Langsung tidak berniat atau terlintas di hati.

Justeru, benar kata mama, lebih baik biarkan mereka dengan dunia mereka, usah peduli apa yang didengari kerana ia sangat pedih. Kenyataannya amatlah palsu. Semoga mereka berbahagia selalu dan biar ia berlalu...

Semoga...

Impianku semoga mereka sedar...

Semoga...

2 comments:

Anonymous said...

suatu saat nanti, awak akan sedar mereka-mereka ini sebenarnya umpama lalang. Awak hanya perlu sabar dan teruskan hidup biarpun pahit sekalipun masih boleh bangkit. Itu yang membezakan awak dengan mereka. =)

AeroL 5ivE said...

Sekarang ini saya da tidak peduli sangat...yang penting mereka juga hepi dan senyum sll...saya selalu sedekahkan fatihah kepada mereka yang membenci atau menyakiti saya amin...

Post a Comment