Sunday, February 14, 2010

Inspirasi

Apa kabar kepada semua, ini adalah entry saya yang ke-17, macam tidak percaya saya akan mempunyai blog sendiri walaupun tidak ramai follower. Sebenarnya sudah 2 tahun saya menulis blog, tetapi selepas menamatkan pengajian di UPM sebagai mahasiswa Aero Angkasa cukup membuatkan saya sibuk. Selama setahun saya tidak post-kan apa-apa entri, namun, tahun 2010 cukup bermakna untuk saya, berkat sokongan daripada beberapa rakan, saya kembali menulis. Hehe.

Jangan gelak sinis dengan apa yang diperkatakan, mungkin tiada siapa nampak =). Entri ini ditulis tanpa saya mulakan dengan tajuknya, saya sekadar menulis apa yang ada di kepala ini dan terus imbuhkan isi di sini. Sekadar memenuhi masa yang terluang mungkin sudah dapat kerja nanti mungkin tiada masa di sini. Inspirasi akan datang bila-bila sahaja, tidak perlu dipaksa, cuma apa yang terlintas sahaja.

Terima kasih kepada Cik D kerana memberikan saya ilham untuk teruskan menulis di blog. Tapi jangan terkejut dengan temu duga saya yang terbaru pada 24 hb Februari di Bangsar, sebagai wartawan, sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengembangkan kerjaya saya dalam kewartawanan atau penulisan. Harap-harap apa yang saya dan anda impikan menjadi kenyataan.

Oh ya! Adakah terkejut apabila mendapat berita yang di luar jangkaan, jangan panik anda bukan yang pertama? saya juga tidak terkecuali.

P.S. Suka apabila membaca blog-blog sahabat yang lain, sangat menarik padat dan ringkas. Tertarik dengan blog yang lawak, santai dan berinformasi. Terima kasih kepada teknologi yang semakin canggih. Segalanya di hujung jari anda. Wah-wah macam slogan lak.

2 comments:

Anonymous said...

wah...semoga awak berjaya ye.tidak sia-sia berusaha dan berdoa lebih kan. jangan lupa berdoa lebih sikit nanti sebelum masuk bilik interview. pastinya mereka akan bertanya mengapa bidang itu yang mahu awak ceburi berbeza dengan yang awak belajar =)

AeroL 5ivE said...

Alhamdulillah la setakat ni interview saya semua ok...walaupun ada sesetengah mengatakan saya tidak mempunyai keyakinan...namun saya tetap ada kekuatan dan bakat tersendiri...sekarang saya sudah boleh mengucapkan selamat jalan kepada dunia saya yang lama...selamat datang kepada dunia baru...

Post a Comment