Monday, February 15, 2010

Denting 12 malam

Denting di rumah jam ku sudah pun menunjukkan jam tepat pukul 12 tgh malam, namun aku masih sempat bersantai di hadapan komputer setelah seharian berjalan.

Sempat pergi ke kenduri kawan ayah di Seremban, kawan lama ayah. Lihat semua orang sudah berkahwin dan ada juga segelintir yang masih membujang seperti aku, apa nak jadi, entahlah. Aku mahu mencari kerja yang stabil dahulu dan baharu menyimpan untuk masa hadapan. Mujur tiada seorang pun bertanya adakah aku sudah berkahwin atau belum? Masakan tidak, aku jadi bosan dan rimas dengan pertanyaan seperti itu. Aku tidak kerja pun mereka tanya. Apakah kita semua tidak punya soalan lain? HAHA, atau mungkin manusia sekarang materialistik? 

Apapun malam ini sangat menerujakan aku, kerana masih teringatkan mimpi malam semalam, betapa aku sangat merindui kan dia sehingga termimpi-mimpi. Mana dia pergi selama ini, sepanjang perjalanan dari Rawang-Shah Alam-Seremban dan Seremban-Shah Alam-Rawang, mesti asyik benar teringatkan dia, sedangkan aku langsung tidak berani untuk contact dia, bodohkah aku kalau aku pun diamkan diri? Sedangkan dia pun langsung tidak endahkan aku. 

Sungguh indahnya mimpi malam tadi, dapat berjumpa dan berbual dengan dia di dalam mimpi. Dirasakan seperti benar tapi rupanya hanya khayalan, aduh mimpi je ke? Hemmm. Permainan tidur yang akan membuaikan lena kita hingga jaga. Mimpi sebenarnya indah, adakah realiti seindah mimpi? 

Mungkin anda semua mengalaminya, malah lebih indah kan. Bagi aku jika aku bermimpikan seseorang dia pasti sedang teringatkan aku dan dalam kesusahan atau kesedihan. Aku cuma doakan yang terbaik untuk dirinya dan jangan berputus asa. Biar apapun hidup perlu diteruskan dan hidup kita mengikut putaran masa yang teratur. Jangan takut, tidurlah dengan lena kerna di situ mimpi mungkin menjadi kenyataan, kenyataan yang menyedarkan kita.

Selamat malam.

0 comments:

Post a Comment