Tuesday, January 26, 2010

Pantun Nukilan...

Di sini aku nak share pantun dgn korang sume…mari la kite berpantun wakaka hehe, mari kita menggilakan keadaan di sini yer. Sori aku tidak jual pantun di sini, selonggok pun xnk jual haha

 

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama ngn kucing belang,

Bila hatiku dah dicuri,

Hanya dirimu yang ku julang.

 

Buah berangan di bawa belayar,

Kapal mudik ke muara,

Bila hati sudah tegar,

Rasa rindu dan sayang mula bersuara.

 

Pergi ke tanjung singgah berehat,

Berehat sebentar melihat perahu,

Luka di tangan boleh dilihat,

Tapi luka di hati tidak siapa yang tahu.

 

Muka berparut kena campak,

Ubati dengan bedak sejuk,

Pilu di hati tak siapa nampak,

Orang kita sayang selalu buat kita merajuk.

 

Keluar makan dengan cik suraya,

Makan kenyang sampai sendawa,

Shoping sakan untuk raya,

Duit jangan lupe nak bawa.

 

Pergi klcc cuci mata menggatal,

Pergi pula dengan pak Tamam,

Missy sya ada kat hospital,

Tolong la jaga saya sakit demam.

 

Hasil nukilan Fairuz aka Armando Ruiz.

P.S. Idea menulis pantun ini hadir semasa duduk termenung terus datang ilham dan inspirasi. kadang-kadang tergelak sendiri menulis pantun. Pertama kali yer hehe.

0 comments:

Post a Comment