Tuesday, January 26, 2010

Arghhh...

Arghhh...

Tension aku, setiap malam aja sukar untuk aku melelapkan mata. Aku tidak tahu kenapa dilema ini sentiasa melanda diri aku. Agak tertekan kerana aku mungkin diserang insomnia dan depresi. Mungkin aku menafikan apa yang dikatakan adik aku itu yang aku mmg menhidapi insomnia. Ya, benar aku agak, agak tertekan malam ini, terlalu memikirkan bila hendak mendapat kerja yang sesuai buat masa ini dan kemana orang yang aku sayangi ini. Aduh kenapa terlalu banyak perkara yang bermain di kotak pemikiran ku ini.

Aku menulis di sini untuk meluahkan kerungsingan yang terbuku di benak hati. Mungkin dengan ego ku ini agak sukar untuk aku meluahkan semuanya. Bila memikirkan segala krisis yang melanda aku harap tidak seteruk dengan apa yang orang lain alami. Sekadar renungan untuk kita semua, tidak semua akan anggap itu mudah apabila sukar, tidak semua kabar itu benar selagi belum tertulis sahih, tidak endah tidak bermaksud tidak ambil peduli, dan ada aku pinta mereka menyebelahi, menyokong aku. Maaf aku tidak termakan semua itu, bak kata orang tak hidup dek puji; tak mati dek keji. Aku tidak pernah kisah tentang apa yang mereka buat, tapi kenapa menuduh aku melakukan sedemikian. Aku tidak seburuk apa yang mereka sangka. Mereka hanya memandang luaran. Selama ini aku menjaga hati mereka? Adakah mereka sebaliknya? 

Namun tak semudah itu manusia bersikap 'give and take' dan 'reverse emotion'. Ataupun situasi menang-menang, yang kita semua tahu hanya nak menegakkan benang yang basah. Bila memikirkan pertelingkahan aku dan sedara aku itu, adakah patut dia menuduh aku seperti itu, sedangkan aku yang selalu menyokong apa dia lakukan selama ini. Tergamak benar dia. Itulah manusia, mudah sangat lihat daripada luaran tetapi tak menyiasatnya dengan terperinci. Jangan la nak kata aku ini hipokrit. Terima kasih atas itu ya, semoga berbahagia.

Harap dengan penulisan ini dapat meredakan sedikit kesukaran untuk tidur malam ini, jam sudah menunjukkan tepat 4 pagi. Esok ada tugas penting mahu dilaksanakan. Luahan di atas hanya sekadar renungan kita bersama.

0 comments:

Post a Comment