Wednesday, January 27, 2010

Jangan Kau Henti

Jangan Kau Henti - Blogger Boy (Qi Razali)

--------------------------------------------------------------


Lagu daripada episod 9, Blogger Boy setiap Khamis di 8TV. Maaf kualiti kurang memuaskan.


Ini pula sedutan episod 9, di hujung video ini ada sedutan lagu ini.

 

Best citer ni rugi korang xtengok, lagu ni pun boleh tahan gak. Blogger Boy sudah pun masuk musim yang ke-2. Musim pertama da lama berlalu. Cerita nya simple dan jalan citer pn menarik. Menghiburkan hati dan menceriakan hari-hari anda lalui.

Mengisahkan kisah seorang guru tuisyen lakonan Qi bekas pemain drum OAG. Dah banyak kali mamat blogger boy ni menyanyikan lagu2 dalam cerita ini, contohnya lagu jangan kau henti, atas nama cinta dan biar mati cinta ini. Penerbit dan pengarah cerita ini sangat bijak menggunakan lagu2 yang menarik dan berkesan sepanjang perjalanan kisah blogger ini.

Seperti lagu di atas Budi menyanyikan lagu ini atas sebab kecewa dalam percintaannya dengan Nina lakonan Julie Woon. Lantas dengan itu, Budi terus menutup blog nya, Blogger Boy dan hatinya hancur, dan di tanam di dasar laut. Wah2, sungguh berjiwa besar orang yang mencipta jalan cerita ini, hanya sekadar lukisan hitam dan putih tapi berjaya memikat hati aku untuk terus mengikuti. 

Part yang menarik apabila Tiqa lakonan Nad dpt mencari siapakah Blogger Boy tersebut. Tidak disangkanya siulan lagu Jangan kau Henti adalah cikgu tuisyen nya sendiri haha. Aku cukup kagum dengan ketabahan cikgu Budi yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan Atiqah meneruskan study dalam SPM. Ingat lah kita tidak boleh berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun. Mmg kreatif, bila Budi mengajak Atiqah dan awek dia main Basketball, lantas menyedarkan Atiqah tiada yang dapat menghalangnya untuk terus bangkit biarpun dia lumpuh. 

P.S. Selanjutnya kisah ini akan dipaparkan setiap khamis 9.30 malam di 8TV. Sesiapa yang terlepas cerita ini boleh disaksikan melalui www.8TV.com.my


1 comments:

Wan Perlis said...

klo bloggerboy kuar film best gak

Post a Comment