Friday, March 5, 2010

Catatan hari ke tiga di Power Steel

11.15 pagi, Jumaat-5/3/2010

Agak menarik hari ini, hari ke-3 di Power Steel Shah Alam. Aku hanya nak update ape berlaku sepanjang hari ini. Walaupun tak dapat nak update blog kat ofis atau main FB ke atau apa-apa jer, tapi langsung tidak menghalang aku untuk menulis di dalam buku notepad aku ini, Capricorn.

notepad yang wajib ada

Notepad ini juga adalah catatan untuk belanjawan seharian dalam sebulan, bunyi macam kelakar jer, tapi penting untuk aku mengawal perbelanjaan dalam sebulan, berjimat dan tak mahu boros untuk bulan pertama bekerja. Ok tak cara ni??? Hehe.

Oppss, bukan ni aku nak cite sbnrnye. Hari ke-3 ni, Mr. Tong, Head of Planning and Production takkan bagi aku task yang berat2. Mr. Tong mahu aku berjumpa dengan Chai untuk belajar pasal raw material. Aku masih perlu faham banyak lagi proses dan prosedur yang terlibat. Apa yang penting adalah Raw Material, iaitu dalam bahasa industri ni kita panggil bahan yang belum diusik untuk tujuan proses berikutnya. Raw Material yang digunakan di company aku ni adalah wire daripada steel. Wire2 ini akan digunakan untuk proses heading, rolling (threading untuk ulir skru), dan proses sekunder cthnye trimming atau pointing. Untuk company aku ni dieorang cume kawal bahagian internal sahaja. Bhgn2 external dibuat oleh service provider (s.p.) iaitu subcon drp contractor lain. Bhgn external ni, Power Steel xbuat, tapi s.p. len yang wat untuk heat treatment, plating ke,tumbling ke atau coating.

Berbalik kepada bhgn internal tadi, wire seperti aku cakap tadi adalah raw material yang sediakan supplier daripada serata timur, Jepun (Adachi), Korea (SeAH, Metal 1), Metal 1 Thailand, Taiwan (Chin Yu) dan byk lagi la. Company aku banyak wat output mcm skru, bolt nut kebanyakannya tuk syarikat2 besar keta. Company2 besar mcm Perodua, Proton dan Hitachi adalah contoh customer terbesar company ni. Wah tak sangka blog aku jadi tempat laporan lak hehe. Dah penuh satu muka surat notepad ni. hehe.

Contoh wire drp supplier berbeza

Di bahagian Raw Material yang dikawal oleh Abang Chai tadi, wire2 ini akan dihantar ke setiap machine production jika diperlukan. Jadi Abg Chai ni lebih kurang orang yang bertanggungjawab untuk menyusun, menghantar dan juga menyemak setiap kualiti wire2 coil ni. Chai ada pengalaman 9 tahun dalam menyediakan stok untuk production. Bagus juga dapat tgk proses menyediakan wire coil ni dalam setiap coil stand. Chai menyusun wire ini 5 coil untuk setiap invois drp supplier. That's mean, satu stand tu ada 5 coil la.

cara memotong wrapping (bungkusan)

1 stand ni mesti ni ada 5 coil, so ni baru 4, kena ada lagi satu

tarik wrapping tu


cara nk buang bungkusan (wrapping) tadi

ID Tag kena buat after kite dah isi dalam ID form

Ok, dalam ID form ni kite kena letak detail yang telah diberikan invois supplier. Lepas da siap ID form tu kena letak detail dalam ID tag seperti di atas. ID tag ini ada detail, untuk code color, gred wire, diameter wire, panjang wire dan lain2 lagi la. Da siap sume ni maka leh la antar ke machine2 shop yang perlukan wire2 steel ni.

After dapat sume info yang aku nak, aku duduk la dalam ofis balik, dan time ni la aku tgh menulis lagi dalam notepad ni. Banyak gak aku dapat tahu pasal diameter wire, code2 warna wire, panjang wire dan plg penting tu gred wire tu. Kalau gred tu ada tulis SCM, itu antara yg plg bagus.

Sebenarnya ada lagi nak cite ni, tapi xpe kalau rajin nanti aku update lg k.

P.S. Bila fikir balik nak gak ada iPhone atau iPod ke senang sket aku nk type pape note dlm word ke. Bukannnya nak men internet sgt pn, tapi rasa mcm nak ada benda gantikan notepad capri tu haha.

0 comments:

Post a Comment