1. Berminat dengan kerjaya ini. Mestilah kena minat kan, kalau tak minat bagaimana hendak kerja dalam bidang mencabar ini.
2. Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Mestilah kena kuasai kedua-dua bahasa ini dengan baik, kemahiran bahasa sangat penting untuk menghadapi dunia penulisan ini, yang penting jangan lah ada banyak sangat ejaan atau grammar yang salah, kesian lak kat editor nak editkan, hehe. Mungkin ini dapat menjimatkan masa penulis, penyunting dan pencetak. Tugasan pun dapat disiapkan dengan cepat mengikut 'dead-line' nya.
3. Kemahiran Menulis. Mestilah kena pandai menulis. Bukan sahaja kena pandai menulis, malah kena mahir dan dapat tulis dengan cepat, anti tu kata, mungkin akan ada kursus untuk 'short-hand'. Harap-harap ada.
4. Kreatif. Kreatif adalah satu aspek terpenting untuk menulis. Kalau tidak kreatif bagaimana nak ada cerita-cerita atau isu-isu sensasi nak letak depan paper haha.
5. Sanggup bertemu dan temu bual individu pelbagai peringkat. Huh tip ni aku rasa paling penting, sbb kite perlu bertemu dengan pelbagai manusia tidak kira pakcik tepi jalan ke, polis ke, bomba ke, tauke warung mamak ke, yang penting semua kena buat kawan. Daripada situ mana tahu kita dapat kawan dengan YB ke, dato2 ke, atau MP. Network yang kita ada sangat luas dan bukan sembarangan kerjaya wartawan ni.
6. Sanggup bekerja tanpa kira masa dan tempat. Ini pun penting jugak, yela mana tau tiba2 dapat call daripada informer kena pegi lak tempat2 crime orang kena bunuh ke, kemalangan putus kepala ke, kena cepat dan kena jadi orang pertama antara yang pertama, huhu. Kalau lambat mana nak dapat berita-berita panas ni.
7. Luas pengetahuan dalam pelbagai bidang. Memang kena luas pengetahuan dalam pelbagai bidang. Aku tak nafikan yang bidang ini bukan sahaja tuk mereka yang pernah amik degree mass comm jer, background mcm aku engineering pn leh amik, sbb info dan fakta yang ada dalam paper tidak semuanya general, mungkin ada yang spesifik kepada teknologi, isu alam sekitar, sains, angkasa, dan macam2 lagi. Jadi contoh la macam aku banyak tahu pasal penerbangan dan angkasa, mungkin aku boleh cerita pasal kecanggihan yang ada pasal Aero Angkasa ni, mana tahu boleh cerita tentang penerbangan solo pada 1980-an mengelilingi dunia tanpa henti mengisi minyak selama 9 hari, kan gempak tu.
8. Rajin mengikuti perkembangan semasa. Sekarang ni banyak isu semasa yang masih belum dikupas lagi, jadi tugas wartawan dan kolumnis di sini, menyebarkan berita-berita yang belum disiarkan, dan mengupas berita2 itu menjadi tatapan pembaca. Namun situasi yang sukar akan dihadapi kerana setiap syarikat akhbar mempunyai agenda dan ideologi yang sangat berbeza. Mereka kena bersaing antara satu dan yang lain untuk mendapatkan berita itu dahulu. Contohnya BERNAMA, selalu dapat berita yang terdahulu, jadi syarikat-syarikat akhbar yang lain perlu bersaing untuk mendapatkan berita itu atau membeli terus dari BERNAMA atau Agensi. Maka wartawan hendak lah rajin dan sentiasa ramai kenalan dari pelbagai peringkat media massa. Bagi aku, aku prefer lebih kepada paper selain TV, sebab tv ni sikit sgt beritanya. Akhbar ni lebih detail, padat dan ringkas.
9. Ada value added. Memang kena ada nilai tambah atau value added dalam setiap wartawan. Mereka mestilah berketrampilan, introvert, yakin, dedikasi, komited, dan mesti mempunyai idea2 baru dan segar.
Aku rasa itu jela tips yang aku dapat hari ni, kalau sape2 ada tip2 yang lebih bernas dialukan untuk berikan pada aku ok. Agak mencabar kerjaya sebagai wartawan ini. Tanpa memiliki ciri-ciri di atas ini, agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami. Bakat semulajadi pun kena ada untuk menghasilkan idea.
Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu.
Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi.
Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media.
0 comments:
Post a Comment