Nampaknya Liga Juara-juara Eropah kembali lagi, dengan 16 pasukan bakal bersaing di peringkat kalah mati. Arsenal dan Barcelona mengintai peluang untuk kembali di persada yang baik serta mempamerkan permainan yang menarik dan teratur.
Terutamanya kepada Arsenal yang menjadi pelawat kepada tuan rumah Porto, saingan pasukan Arsene Wenger kali ini tampak sukar, kerana lawan mereka bukan yang pertama kali mereka jumpa, dan sukar nak dijangka. Porto pernah menjadi juara Eropah, jadi tidak harus dipandang mudah. Lebih-lebih lagi dengan prestasi Porto yang mengharungi perlawanan tanpa kalah. Mereka akan bertemu di Stadium Estadia de Dragao pagi Rabu 3.00 pagi waktu Malaysia.
Porto mengharungi 12 perlawanan tanpa kalah setakat ini, dan dijangkakan barisan muda pemain Arsenal akan menghadapi kesukaran, namun, Arsenal tetap berazam untuk meraih kemenangan dan menjaringkan gol di tempat lawan. Setiap pelawat mempunyai kelebihan gol di tempat lawan. Perlawanan terakhir Porto seri 0-0 dengan Lexious. Arsenal pula perlawanan terakhir mengalahkan Liverpool 1-0 di Emirates.
5 perlawanan terakhir Porto;
Sun, Feb 7, 2010 Porto 3-0 Naval 1° De Maio Portuguese Liga
Sat, Jan 30, 2010 Nacional 0-4 Porto Portuguese Liga
Sun, Jan 24, 2010 Estoril 0-2 Porto Taca da Liga
Wed, Jan 20, 2010 Belenenses 2-2 Porto (Porto win on penalties Taca de Portugal)
Sat, Jan 16, 2010 Porto 1-1 Pacos de Ferreira Portuguese Liga
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lain pula cerita dengan Barcelona salah satu favorite team tahun ini, mereka diramal di atas kertas dapat mengatasi Stuttgart dengan mudah. Turun dengan reputasi selaku juara musim lepas, permainan Barcelona kali ini agak pincang sedikit dengan ketidakhadiran Xavi dan Keita. Disebabkan kecederaan yang dialami semasa kekalahan di tangan Atletico Madrid, cukup menyaksikan permainan Barcelona longlai. Kekalahan pertama di Madrid ini juga meleburkan rekod kelab Catalan ini sepanjang musim liga, namun itu tidak menjejaskan prestasi Barca sebagai pasukan paling digeruni di Eropah.
Perlawanan lain yang menarik adalah Ac Milan melawan Manchester United, David Beckham beremosi apabila bakal diturunkan untuk kali pertama berlawan dengan bekas kelab lamanya United. Pertama kali dia diturunkan dengan misi untuk mengharapkan MU tewas dalam perlawanan ini, kerana sebelum ini dia tidak pernah mahu MU kalah. Tapi Beckham berjanji tidak akan meraikan gol jaringan AC Milan bagi menghormati pasukan MU dan peminat-peminat fanatik MU.
Perlawanan antara Inter Milan dan Chelsea juga bakal sengit di mana Mourinho bekas jurulatih Chelsea, sudah melancarkan perang psikologi kepada kem Chelsea di mana dia sangat masak dengan permainan bekas pasukannya. Permainan Chelsea agak sinonim kepada Jose Mourinho, namun Carlo Ancelotti tidak akan memberi ruang mudah buat anak-anak buah Mourinho.
Perlawanan lain adalah:
Lyon vs Real Madrid
Milan vs Man. United
Bayern vs Fiorentina
Olympiacos vs Bordeaux
CSKA Moskva vs Sevilla
Internazionale vs Chelsea
Jadi pasukan mana yang anda ramalkan juara musim ini?
16 pasukan bakal merebut gelaran juara Eropah.
0 comments:
Post a Comment