Saturday, February 27, 2010

Sedihnya...Sun Mi...


Aku baru balik dari Putrajaya tadi jadi krew multimedia, teringat pulak pasal Wonder Girls. Terbaca pasal ahli kump mereka, Min Sun Mi bakal meninggalkan kump ter'cute' ini hujung bulan Februari 2010, huhu sedihnya, bukan apa kalau tak ada Sun Mi macam xbest lak sbb kolaborasi antara mereka sgt serasi dan mantap. Gambar di atas seperti dalam berita Seoulbeat.com. Sedihkan sampai meleleh air mata Mimi ni, hmmm.

Sebab dia meninggalkan kump yang tgh hot ni adalah kerana Mimi mahu meneruskan pengajian dia di Universiti.  Kenyataan Mimi ini setelah mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan2 dalam WG, famili dan Jye YP sendiri. Dalam Mac nanti, Mimi akan kembali ke Selatan Korea sebagai orang biasa menghadiri kuliah, tapi pada masa sama tekad meneruskan juga dalam kelas tarian dan nyanyian. JYPE berkata, "Dia akan kembali semula ke pangkuan WG setelah menamatkan pengajian nanti". JYPE turut mendedahkan trainee selama 3 tahun nya untuk menggantikan Mimi oleh Hye Rim aka Lim. Lim juga adalah member grup yang dikenali sebagai Chinese Wonder Girls or Sisters.

Keputusan ini pastinya sangat lah berat kerana ia melibatkan kerjaya mereka yang baru saja nak berkembang di US, album tribute Nobody baru je dilancarkan. Apapun diucapkan semoga Sun Mi berjaya dalam pengajiannya nanti. Go Go Chaiyok!!!...


Di bawah sumber berita:

soompi.com


P.S. Aku paling minat Sun YE, cute sgt hehe. Yang dua dari kiri tu.


Tuesday, February 23, 2010

Aku penulis???

Agak teruja sekejap apabila borak2 dengan bekas wartawan yang juga jiran aku. Walaupun pengalaman dia hanya 6 tahun dalam bidang kewartawanan dan kolumnist, namun info dan tips yang aku dapat cukup untuk aku menghadapi interview akan datang nanti. Aku akan terus menulis dan menulis. Dia kata jangan takut dan fokus dengan apa yang akan dihadapi nanti, dan jadikan bidang sebegini satu prolifik yang tinggi martabatnya. Aku dapat rasakan apa yang dikatakannya mungkin bidang ini bukan kerja yang sementara sahaja, tapi macam satu cara hidup yang bermakna; kita dapat menambahkan pengetahuan dalam apa jua bidang, tambahkan kenalan tidak kira golongan biasa, menengah ataupun kelas atasan, dan menjadi medium penting untuk masyarakat. Anti tu kata tak rugi kerja ni kalau untuk mereka yang suka sangat gerak sane sini xduduk diam yer haha. Huh, tiba-tiba aku rasa nervous je huhu. Info yang aku dapat cukup berguna untuk masa hadapan. Ini adalah tips2 yang diberikan anti tadi:-

1. Berminat dengan kerjaya ini. Mestilah kena minat kan, kalau tak minat bagaimana hendak kerja dalam bidang mencabar ini.

2. Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Mestilah kena kuasai kedua-dua bahasa ini dengan baik, kemahiran bahasa sangat penting untuk menghadapi dunia penulisan ini, yang penting jangan lah ada banyak sangat ejaan atau grammar yang salah, kesian lak kat editor nak editkan, hehe. Mungkin ini dapat menjimatkan masa penulis, penyunting dan pencetak. Tugasan pun dapat disiapkan dengan cepat mengikut 'dead-line' nya.

3. Kemahiran Menulis. Mestilah kena pandai menulis. Bukan sahaja kena pandai menulis, malah kena mahir dan dapat tulis dengan cepat, anti tu kata, mungkin akan ada kursus untuk 'short-hand'. Harap-harap ada.

4. Kreatif. Kreatif adalah satu aspek terpenting untuk menulis. Kalau tidak kreatif bagaimana nak ada cerita-cerita atau isu-isu sensasi nak letak depan paper haha.


5. Sanggup bertemu dan temu bual individu pelbagai peringkat. Huh tip ni aku rasa paling penting, sbb kite perlu bertemu dengan pelbagai manusia tidak kira pakcik tepi jalan ke, polis ke, bomba ke, tauke warung mamak ke, yang penting semua kena buat kawan. Daripada situ mana tahu kita dapat kawan dengan YB ke, dato2 ke, atau MP. Network yang kita ada sangat luas dan bukan sembarangan kerjaya wartawan ni.

6. Sanggup bekerja tanpa kira masa dan tempat. Ini pun penting jugak, yela mana tau tiba2 dapat call daripada informer kena pegi lak tempat2 crime orang kena bunuh ke, kemalangan putus kepala ke, kena cepat dan kena jadi orang pertama antara yang pertama, huhu. Kalau lambat mana nak dapat berita-berita panas ni.

7. Luas pengetahuan dalam pelbagai bidang. Memang kena luas pengetahuan dalam pelbagai bidang. Aku tak nafikan yang bidang ini bukan sahaja tuk mereka yang pernah amik degree mass comm jer, background mcm aku engineering pn leh amik, sbb info dan fakta yang ada dalam paper tidak semuanya general, mungkin ada yang spesifik kepada teknologi, isu alam sekitar, sains, angkasa, dan macam2 lagi. Jadi contoh la macam aku banyak tahu pasal penerbangan dan angkasa, mungkin aku boleh cerita pasal kecanggihan yang ada pasal Aero Angkasa ni, mana tahu boleh cerita tentang penerbangan solo pada 1980-an mengelilingi dunia tanpa henti mengisi minyak selama 9 hari, kan gempak tu.

8. Rajin mengikuti perkembangan semasa. Sekarang ni banyak isu semasa yang masih belum dikupas lagi, jadi tugas wartawan dan kolumnis di sini, menyebarkan berita-berita yang belum disiarkan, dan mengupas berita2 itu menjadi tatapan pembaca. Namun situasi yang sukar akan dihadapi kerana setiap syarikat akhbar mempunyai agenda dan ideologi yang sangat berbeza. Mereka kena bersaing antara satu dan yang lain untuk mendapatkan berita itu dahulu. Contohnya BERNAMA, selalu dapat berita yang terdahulu, jadi syarikat-syarikat akhbar yang lain perlu bersaing untuk mendapatkan berita itu atau membeli terus dari BERNAMA atau Agensi. Maka wartawan hendak lah rajin dan sentiasa ramai kenalan dari pelbagai peringkat media massa. Bagi aku, aku prefer lebih kepada paper selain TV, sebab tv ni sikit sgt beritanya. Akhbar ni lebih detail, padat dan ringkas.

9. Ada value added. Memang kena ada nilai tambah atau value added dalam setiap wartawan. Mereka mestilah berketrampilan, introvert, yakin, dedikasi, komited, dan mesti mempunyai idea2 baru dan segar.

Aku rasa itu jela tips yang aku dapat hari ni, kalau sape2 ada tip2 yang lebih bernas dialukan untuk berikan pada aku ok. Agak mencabar kerjaya sebagai wartawan ini. Tanpa memiliki ciri-ciri  di atas ini, agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami. Bakat semulajadi pun kena ada untuk menghasilkan idea. 

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu.

Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi.

Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media.

Friday, February 19, 2010

Deeper Conversation

:: DEEPER CONVERSATION :: YUNA ::

 

Is your favourite colour blue?

Do you always tell the truth?

Do you believe in outerspace?

And im learning you

 

Is your skin as tanned as mine?

Does your hair flow sideways?

Did someone took a portion of your heart?

And im learning you

 

And if you dont mind

Can you tell me

All your hopes and fears

and Everything that you believe in

Would you make a difference in the world

I'd love for you to take me to a deeper conversation

Only you can make me

 

I let my guard down for you

And in time you will too

 

if you dont mind

Can you tell me

All your hopes and fears

and Everything that you believe in

Would you make a difference in the world

I'd love for you to take me to a deeper conversation

Only you can make me

 

if you dont mind

Can you tell me

All your hopes and fears

and Everything that you believe in

Would you make a difference in the world

I'd love for you to take me to a deeper conversation

Only you can make me

 

4x

Deeper Conversation

let me

Aku tujukan khas buat si dia yang menyepikan diri, kerana sikap nya yang terlalu pendam perasaan, memeritkan aku. 

Wednesday, February 17, 2010

Sejuk mata memandang...

Sekarang hujan sedang turun dengan lebatnya...

Nasib baik aku, Mama, dan adik-adik yang lain sempat pulang ke rumah dari Cheras, tidak sempat nak berborak dengan bakal adik ipar hehe...sambil dengar lagu-lagu daripada Wonder Girls, terutamanya lagu remix Rainstone Nobody, sungguh melayan jiwaku di kesejukan ini. Tadi pergi ke rumah Waqqas dan adiknya Damia, kecil lagi, comel dan teruja melihat telatah mereka, yang seorang berangan nak jadi askar, adiknya pula mahu menjadi 'Princess' haha. Kelakar...

Waqqas baru saja 7 tahun, adiknya dalam 5 tahun, suka melihat mereka, budak-budak yang pernah mama aku 'baby-sitting' dulu. Selalu menziarah mereka jika kami ada kelapangan. Aku sempat melayan PS 2 dan menyakat Waqqas, Damia pula masih dengan Princess Wannabe. Mereka duduk di Cheras, Bandar Tasik Permaisuri, dulu aku suka berjoging di Tasik Permaisuri. Alangkah bahagianya jika aku ada anak yang comel macam Waqqas dan Damia.

Aku suka tangkap gambar budak-budak kecik. Telatah keanakan kadangkala dapat menyejukkan hati kita. Tenang dan aman sekali. Anugerah Allah yang paling bernilai sekali.

Gambar masa raya 2008

Inilah Damia


Waqqas dan Damia, comelnya...


Hujan sekarang sudah berhenti, sekejap benar. Baru hendak merasai kesejukan dan kedinginan alam. Hujan rahmat barangkali.

P.S. Gambar di bawah adalah poskad untuk anak-anak yang tidak senasib seperti kita di Palestin. Tujukan khas buat mereka, sedih dengan nasib mereka. Teringat pasal kanak-kanak di sana. 



 

Tuesday, February 16, 2010

KUASAI GERAK BAHASA TUBUH ANDA

Cara kita memperlakukan sesuatu seperti menggerakkan badan dapat mempamerkan sesuatu maksud tertentu. Tanpa perlu menuturkan kata-kata, gerak tubuh badan kita bisa menyatakan sesuatu maksud yang tersirat.

Tips penting:

1. Mulakan Komunikasi

Tunjukkan – duduk bersebelahan dengan seseorang kemudian perhatikan gerak tubuhnya samada tegak atau membongkok. Tiru gaya badan dia atau semasa dia membuat mimik muka atau tidak. Tersenyum atau tidak. Tapi pastikan semasa kita meniru gelagat dia itu tidak terlalu ketara bimbang nanti dia merasakan diri dia dipersendakan.

Maksudnya – Pergerakan ini amat berguna kepada kamu jika bertemu seseorang buat pertama kali. Ini bagi memastikan dia amat mengagumi kita. Kita dapat membina hubungan dengan cemerlang. Lama kelamaan hubungan dengan si dia akan lebih rapat.

 

2. Nampak Mudah Didekati

Tunjukkan – beri senyuman ikhlas dan naikkan sedikit kening kamu. Ketika mulakan perbualan dengan si dia pastikan pergelangan dengan tapak tangan menghadap mereka, terutama bila tiba tangan kamu ’beraksi’.

Maksudnya – mempamerkan tapak tangan bermakna kamu bersikap positif serta memberangsangkan. Kita dapat mempamerkan sikap kita yang lembut tetapi jujur dan maksud sebaliknya saya menaruh kepercayaan terhadap kamu. Justeru kita mengharapkan hubungan ini mampu diteruskan dan kamu boleh percayakan saya.

 

3. Jadi Teman Karib

Tunjukkan – bila seorang teman ingin meluahkan rahsia perasaannya, tunjukkan betapa kamu benar-benar sudi mendengarnya. Dengan mengangguk kecil ketika sedang berbicara. Kalau ingin mencelah tunggu sehingga ia habis bicara antara lima hingga 10 saat sebelum kamu bersuara.

Maksudnya – sesekali menganggukkan kepala ketika sedang berbual menunjukkan bahawa kamu benar-benar mendengar. Dan jika mahu membiarkan dia bercakap atau berkongsi cerita dengan caranya (tanpa menyampuk setiap kali dia berhenti seketika), itu bermakna bahawa kamu juga menghormati perbualan si dia 100 peratus berkaitan dengan dirinya.

Liyana Jasmay-Aku Sudah Jatuh Cinta


Yes liyana aku pun jatuh cinta jugak dengan kau, lagu ni best sangat hehe. Sungguh best lagu ni, liyana seorang pelakon dan penyanyi yang dah tidak perlu kita sebutkan lagi. Tak dinafikan beliau mempunyai bakat yang besar.

Lagu tema filem Duhai Si Pari-pari, layan...

P.S. Pernah bermimpi kapel dengan liyana ni haha.

Champions League Arsenal & Barcelona


Nampaknya Liga Juara-juara Eropah kembali lagi, dengan 16 pasukan bakal bersaing di peringkat kalah mati. Arsenal dan Barcelona mengintai peluang untuk kembali di persada yang baik serta mempamerkan permainan yang menarik dan teratur.

Terutamanya kepada Arsenal yang menjadi pelawat kepada tuan rumah Porto, saingan pasukan Arsene Wenger kali ini tampak sukar, kerana lawan mereka bukan yang pertama kali mereka jumpa, dan sukar nak dijangka. Porto pernah menjadi juara Eropah, jadi tidak harus dipandang mudah. Lebih-lebih lagi dengan prestasi Porto yang mengharungi perlawanan tanpa kalah. Mereka akan bertemu di Stadium Estadia de Dragao pagi Rabu 3.00 pagi waktu Malaysia.

Porto mengharungi 12 perlawanan tanpa kalah setakat ini, dan dijangkakan barisan muda pemain Arsenal akan menghadapi kesukaran, namun, Arsenal tetap berazam untuk meraih kemenangan dan menjaringkan gol di tempat lawan. Setiap pelawat mempunyai kelebihan gol di tempat lawan. Perlawanan terakhir Porto seri 0-0 dengan Lexious. Arsenal pula perlawanan terakhir mengalahkan Liverpool 1-0 di Emirates.

5 perlawanan terakhir Porto;


Sun, Feb 7, 2010    Porto 3-0 Naval 1° De Maio Portuguese Liga
Sat, Jan 30, 2010   Nacional 0-4 Porto Portuguese Liga
Sun, Jan 24, 2010   Estoril 0-2 Porto Taca da Liga
Wed, Jan 20, 2010 Belenenses 2-2 Porto (Porto win on penalties Taca de Portugal)
Sat, Jan 16, 2010 Porto 1-1 Pacos de Ferreira Portuguese Liga

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lain pula cerita dengan Barcelona salah satu favorite team tahun ini, mereka diramal di atas kertas dapat mengatasi Stuttgart dengan mudah. Turun dengan reputasi selaku juara musim lepas, permainan Barcelona kali ini agak pincang sedikit dengan ketidakhadiran Xavi dan Keita. Disebabkan kecederaan yang dialami semasa kekalahan di tangan Atletico Madrid, cukup menyaksikan permainan Barcelona longlai. Kekalahan pertama di Madrid ini juga meleburkan rekod kelab Catalan ini sepanjang musim liga, namun itu tidak menjejaskan prestasi Barca sebagai pasukan paling digeruni di Eropah.

Perlawanan lain yang menarik adalah Ac Milan melawan Manchester United, David Beckham beremosi apabila bakal diturunkan untuk kali pertama berlawan dengan bekas kelab lamanya United. Pertama kali dia diturunkan dengan misi untuk mengharapkan MU tewas dalam perlawanan ini, kerana sebelum ini dia tidak pernah mahu MU kalah. Tapi Beckham berjanji tidak akan meraikan gol jaringan AC Milan bagi menghormati pasukan MU dan peminat-peminat fanatik MU.

Perlawanan antara Inter Milan dan Chelsea juga bakal sengit di mana Mourinho bekas jurulatih Chelsea, sudah melancarkan perang psikologi kepada kem Chelsea di mana dia sangat masak dengan permainan bekas pasukannya. Permainan Chelsea agak sinonim kepada Jose Mourinho, namun Carlo Ancelotti tidak akan memberi ruang mudah buat anak-anak buah Mourinho.

Perlawanan lain adalah:

Lyon    vs    Real Madrid

Milan    vs    Man. United

Bayern    vs    Fiorentina

Olympiacos    vs    Bordeaux

CSKA Moskva    vs    Sevilla

Internazionale    vs    Chelsea

Jadi pasukan mana yang anda ramalkan juara musim ini?

16 pasukan bakal merebut gelaran juara Eropah.