Tuesday, February 16, 2010

KUASAI GERAK BAHASA TUBUH ANDA

Cara kita memperlakukan sesuatu seperti menggerakkan badan dapat mempamerkan sesuatu maksud tertentu. Tanpa perlu menuturkan kata-kata, gerak tubuh badan kita bisa menyatakan sesuatu maksud yang tersirat.

Tips penting:

1. Mulakan Komunikasi

Tunjukkan – duduk bersebelahan dengan seseorang kemudian perhatikan gerak tubuhnya samada tegak atau membongkok. Tiru gaya badan dia atau semasa dia membuat mimik muka atau tidak. Tersenyum atau tidak. Tapi pastikan semasa kita meniru gelagat dia itu tidak terlalu ketara bimbang nanti dia merasakan diri dia dipersendakan.

Maksudnya – Pergerakan ini amat berguna kepada kamu jika bertemu seseorang buat pertama kali. Ini bagi memastikan dia amat mengagumi kita. Kita dapat membina hubungan dengan cemerlang. Lama kelamaan hubungan dengan si dia akan lebih rapat.

 

2. Nampak Mudah Didekati

Tunjukkan – beri senyuman ikhlas dan naikkan sedikit kening kamu. Ketika mulakan perbualan dengan si dia pastikan pergelangan dengan tapak tangan menghadap mereka, terutama bila tiba tangan kamu ’beraksi’.

Maksudnya – mempamerkan tapak tangan bermakna kamu bersikap positif serta memberangsangkan. Kita dapat mempamerkan sikap kita yang lembut tetapi jujur dan maksud sebaliknya saya menaruh kepercayaan terhadap kamu. Justeru kita mengharapkan hubungan ini mampu diteruskan dan kamu boleh percayakan saya.

 

3. Jadi Teman Karib

Tunjukkan – bila seorang teman ingin meluahkan rahsia perasaannya, tunjukkan betapa kamu benar-benar sudi mendengarnya. Dengan mengangguk kecil ketika sedang berbicara. Kalau ingin mencelah tunggu sehingga ia habis bicara antara lima hingga 10 saat sebelum kamu bersuara.

Maksudnya – sesekali menganggukkan kepala ketika sedang berbual menunjukkan bahawa kamu benar-benar mendengar. Dan jika mahu membiarkan dia bercakap atau berkongsi cerita dengan caranya (tanpa menyampuk setiap kali dia berhenti seketika), itu bermakna bahawa kamu juga menghormati perbualan si dia 100 peratus berkaitan dengan dirinya.

Liyana Jasmay-Aku Sudah Jatuh Cinta


Yes liyana aku pun jatuh cinta jugak dengan kau, lagu ni best sangat hehe. Sungguh best lagu ni, liyana seorang pelakon dan penyanyi yang dah tidak perlu kita sebutkan lagi. Tak dinafikan beliau mempunyai bakat yang besar.

Lagu tema filem Duhai Si Pari-pari, layan...

P.S. Pernah bermimpi kapel dengan liyana ni haha.

Champions League Arsenal & Barcelona


Nampaknya Liga Juara-juara Eropah kembali lagi, dengan 16 pasukan bakal bersaing di peringkat kalah mati. Arsenal dan Barcelona mengintai peluang untuk kembali di persada yang baik serta mempamerkan permainan yang menarik dan teratur.

Terutamanya kepada Arsenal yang menjadi pelawat kepada tuan rumah Porto, saingan pasukan Arsene Wenger kali ini tampak sukar, kerana lawan mereka bukan yang pertama kali mereka jumpa, dan sukar nak dijangka. Porto pernah menjadi juara Eropah, jadi tidak harus dipandang mudah. Lebih-lebih lagi dengan prestasi Porto yang mengharungi perlawanan tanpa kalah. Mereka akan bertemu di Stadium Estadia de Dragao pagi Rabu 3.00 pagi waktu Malaysia.

Porto mengharungi 12 perlawanan tanpa kalah setakat ini, dan dijangkakan barisan muda pemain Arsenal akan menghadapi kesukaran, namun, Arsenal tetap berazam untuk meraih kemenangan dan menjaringkan gol di tempat lawan. Setiap pelawat mempunyai kelebihan gol di tempat lawan. Perlawanan terakhir Porto seri 0-0 dengan Lexious. Arsenal pula perlawanan terakhir mengalahkan Liverpool 1-0 di Emirates.

5 perlawanan terakhir Porto;


Sun, Feb 7, 2010    Porto 3-0 Naval 1° De Maio Portuguese Liga
Sat, Jan 30, 2010   Nacional 0-4 Porto Portuguese Liga
Sun, Jan 24, 2010   Estoril 0-2 Porto Taca da Liga
Wed, Jan 20, 2010 Belenenses 2-2 Porto (Porto win on penalties Taca de Portugal)
Sat, Jan 16, 2010 Porto 1-1 Pacos de Ferreira Portuguese Liga

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lain pula cerita dengan Barcelona salah satu favorite team tahun ini, mereka diramal di atas kertas dapat mengatasi Stuttgart dengan mudah. Turun dengan reputasi selaku juara musim lepas, permainan Barcelona kali ini agak pincang sedikit dengan ketidakhadiran Xavi dan Keita. Disebabkan kecederaan yang dialami semasa kekalahan di tangan Atletico Madrid, cukup menyaksikan permainan Barcelona longlai. Kekalahan pertama di Madrid ini juga meleburkan rekod kelab Catalan ini sepanjang musim liga, namun itu tidak menjejaskan prestasi Barca sebagai pasukan paling digeruni di Eropah.

Perlawanan lain yang menarik adalah Ac Milan melawan Manchester United, David Beckham beremosi apabila bakal diturunkan untuk kali pertama berlawan dengan bekas kelab lamanya United. Pertama kali dia diturunkan dengan misi untuk mengharapkan MU tewas dalam perlawanan ini, kerana sebelum ini dia tidak pernah mahu MU kalah. Tapi Beckham berjanji tidak akan meraikan gol jaringan AC Milan bagi menghormati pasukan MU dan peminat-peminat fanatik MU.

Perlawanan antara Inter Milan dan Chelsea juga bakal sengit di mana Mourinho bekas jurulatih Chelsea, sudah melancarkan perang psikologi kepada kem Chelsea di mana dia sangat masak dengan permainan bekas pasukannya. Permainan Chelsea agak sinonim kepada Jose Mourinho, namun Carlo Ancelotti tidak akan memberi ruang mudah buat anak-anak buah Mourinho.

Perlawanan lain adalah:

Lyon    vs    Real Madrid

Milan    vs    Man. United

Bayern    vs    Fiorentina

Olympiacos    vs    Bordeaux

CSKA Moskva    vs    Sevilla

Internazionale    vs    Chelsea

Jadi pasukan mana yang anda ramalkan juara musim ini?

16 pasukan bakal merebut gelaran juara Eropah.

Monday, February 15, 2010

Denting 12 malam

Denting di rumah jam ku sudah pun menunjukkan jam tepat pukul 12 tgh malam, namun aku masih sempat bersantai di hadapan komputer setelah seharian berjalan.

Sempat pergi ke kenduri kawan ayah di Seremban, kawan lama ayah. Lihat semua orang sudah berkahwin dan ada juga segelintir yang masih membujang seperti aku, apa nak jadi, entahlah. Aku mahu mencari kerja yang stabil dahulu dan baharu menyimpan untuk masa hadapan. Mujur tiada seorang pun bertanya adakah aku sudah berkahwin atau belum? Masakan tidak, aku jadi bosan dan rimas dengan pertanyaan seperti itu. Aku tidak kerja pun mereka tanya. Apakah kita semua tidak punya soalan lain? HAHA, atau mungkin manusia sekarang materialistik? 

Apapun malam ini sangat menerujakan aku, kerana masih teringatkan mimpi malam semalam, betapa aku sangat merindui kan dia sehingga termimpi-mimpi. Mana dia pergi selama ini, sepanjang perjalanan dari Rawang-Shah Alam-Seremban dan Seremban-Shah Alam-Rawang, mesti asyik benar teringatkan dia, sedangkan aku langsung tidak berani untuk contact dia, bodohkah aku kalau aku pun diamkan diri? Sedangkan dia pun langsung tidak endahkan aku. 

Sungguh indahnya mimpi malam tadi, dapat berjumpa dan berbual dengan dia di dalam mimpi. Dirasakan seperti benar tapi rupanya hanya khayalan, aduh mimpi je ke? Hemmm. Permainan tidur yang akan membuaikan lena kita hingga jaga. Mimpi sebenarnya indah, adakah realiti seindah mimpi? 

Mungkin anda semua mengalaminya, malah lebih indah kan. Bagi aku jika aku bermimpikan seseorang dia pasti sedang teringatkan aku dan dalam kesusahan atau kesedihan. Aku cuma doakan yang terbaik untuk dirinya dan jangan berputus asa. Biar apapun hidup perlu diteruskan dan hidup kita mengikut putaran masa yang teratur. Jangan takut, tidurlah dengan lena kerna di situ mimpi mungkin menjadi kenyataan, kenyataan yang menyedarkan kita.

Selamat malam.

Sunday, February 14, 2010

Inspirasi

Apa kabar kepada semua, ini adalah entry saya yang ke-17, macam tidak percaya saya akan mempunyai blog sendiri walaupun tidak ramai follower. Sebenarnya sudah 2 tahun saya menulis blog, tetapi selepas menamatkan pengajian di UPM sebagai mahasiswa Aero Angkasa cukup membuatkan saya sibuk. Selama setahun saya tidak post-kan apa-apa entri, namun, tahun 2010 cukup bermakna untuk saya, berkat sokongan daripada beberapa rakan, saya kembali menulis. Hehe.

Jangan gelak sinis dengan apa yang diperkatakan, mungkin tiada siapa nampak =). Entri ini ditulis tanpa saya mulakan dengan tajuknya, saya sekadar menulis apa yang ada di kepala ini dan terus imbuhkan isi di sini. Sekadar memenuhi masa yang terluang mungkin sudah dapat kerja nanti mungkin tiada masa di sini. Inspirasi akan datang bila-bila sahaja, tidak perlu dipaksa, cuma apa yang terlintas sahaja.

Terima kasih kepada Cik D kerana memberikan saya ilham untuk teruskan menulis di blog. Tapi jangan terkejut dengan temu duga saya yang terbaru pada 24 hb Februari di Bangsar, sebagai wartawan, sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengembangkan kerjaya saya dalam kewartawanan atau penulisan. Harap-harap apa yang saya dan anda impikan menjadi kenyataan.

Oh ya! Adakah terkejut apabila mendapat berita yang di luar jangkaan, jangan panik anda bukan yang pertama? saya juga tidak terkecuali.

P.S. Suka apabila membaca blog-blog sahabat yang lain, sangat menarik padat dan ringkas. Tertarik dengan blog yang lawak, santai dan berinformasi. Terima kasih kepada teknologi yang semakin canggih. Segalanya di hujung jari anda. Wah-wah macam slogan lak.

Thursday, February 11, 2010

Semoga

Semoga...

Benar kata mama ku, biarlah mereka yang tersayang itu pergi dan berlalu sahaja, mungkin benar apa yang dibicarakan mama itu satu kepastian yang perlu ku akur. Tak perlu untuk aku berdalih atau berpaling lagi. Salah sangka dan silap faham selalu terjadi antara sesama kita manusia, namun siapa yang sedar dengan semua ini. Adakah mereka faham tentang perasaan dan sejarah hidup yang penuh pancaroba? Mana ada keindahan dalam hidup ini jika semua manusia inginkan kepalsuan yang dibutakan hati nurani.

Sebenarnya tidak pernah ku pinta semua ini terjadi, semua di luar dugaan. Angkara hati manusia kita yang sangat dibutakan dengan keindahan duniawi yang sementara. Tidak pernah aku menghukum atau mengadili, tapi aku cuma terkilan dengan sikap sesetengah kita suka memperlekeh dan buruk sangka. Hah, aku benci sikap sebegini, itu yang kita cakap ini yang dibalasnya. Setiap hujah hanya lah sekadar bicara kosong di bibir ku sahaja. Tidak pernah mereka mengerti atas apa yang dirasakan. Hanya sedap di mulut sahaja mereka ini. Sungguh kejam manusia yang bemulut manis tapi hati dan niat langsung tak menggambarkan keikhlasan.

Kenapa salah sangka dengan apa yang aku lakukan selama ini, hinakah aku? Salahkah aku? Apa yang aku utarakan? Langsung tidak berniat atau terlintas di hati.

Justeru, benar kata mama, lebih baik biarkan mereka dengan dunia mereka, usah peduli apa yang didengari kerana ia sangat pedih. Kenyataannya amatlah palsu. Semoga mereka berbahagia selalu dan biar ia berlalu...

Semoga...

Impianku semoga mereka sedar...

Semoga...

Next Hyper Power-China

China is known one of the grown hyper-power in the world after United States of America (USA). Now, you can see around all last-finished product written, Made in China, from the fake/imitation to the original one. Even China is one of the biggest communist era but the world's perception always change. Since the collapsed of shining Soviet Union (USSR) in 1991 by leader Mikael Gorbachev, then, no cold-war between West block and East  block. After that, communist no more dangerous to West.

No propaganda from West in film or their media. Now, they interest to Islam, assuming Islam as 'Terrorist'. We also know that Asia one-half of the economic strategic market plan for west. Investigator and economy expertise said that China can become one of the hyper-power in economy by 2024 and India also become the next four years after China in 2028.


Beside that, China plans step by step move forward in military defends and for the first time China's General gave open-statement to the world to include space weapons. Another that, improve more aspects in airspace defends and the ability for offensive.

In silence,  China have five investigator satellites in space and look they have the ability to use missile in space too. China's space programs look sophisticated and modernized for a while.


My opinion, China's performance now is good, for the world balance between hyper-power in the world. Now, United States cannot said that they are the world police radically, such as in economy and military. 


But it is sad to said that our Muslim country over the world not united. Look what happen to Palestinian, Muslim discriminate in many ways. I hope my article give you a lil bit information about what happen in the world's today now.

Article from Berita Semasa.