Monday, March 8, 2010

ShaH AlaM atau Bdr. TasiK PuterI di HatikU?

Skrg ni aku tgh study pasal heat treatment dan raw material tuk process. Walaupun tidak sama dengan apa yang aku belajar selama ini di kuliah2 di UPM tersayangku, namun tetap tidak mematahkan semangat tuk belajar sesuatu yang baru...

Bagi aku tidak banyak beza SME Aeropace, tempat aku praktikal dulu dengan Power Steel, jadi tidak menjadi masalah untuk cepat catch up. Setakat tidak la terasa tertekan sangat, dan aku sangat enjoy di sini, sbb mmg impian aku untuk bekerja di  Shah Alam.

Aku pun tak tahu nape aku suka sangat dengan Shah Alam, entahla. Mungkin mengingatkan aku pada seseorang, hehe. Eh tak la. Bagi aku, aku suka shah alam, tempat nya cantik sangat, dan mudah untuk faham jalan2 nya. Tak susah sangat la, sbb byk round-aboard, betul ke eja ni haha.

Mungkin ABC Fraddo, UiTM Shah Alam, KGSAAS dan Amelia...haha...Aku suka dengan gelak tawa orang2 di SA. I love Shah Alam.

ABCDEFG...suke syasya yer...

Meh nk sket

Kusyuk ayah aku...


P.S. Anyway Bandar Tasik Puteri still the best, tempat paling aman, tenang dan sunyi. Mendamaikan jiwa. Sebahagian gambar di BTP Rawang.

Belah depan rumah, saujana mata memandang, bukit bukau dan kawasan kelapa sawit

Cousin2 aku

siap ada buaian hehe

Pada malam hari, gmbr pada Disember 2006

Aman dan damai malamnye, lgsg tiada keta yang lalu, lari dari hiruk pikuk kota

Sunday, March 7, 2010

Cerah

Oppsss...terlebih sudah, itulah trademark stacy yang kita da tahu sangat2 hehe..

Bukan apa aku nak introduce lagu Cerah salah satu single Stacy yang bagi aku agak catchy, aku baru je dgr lagu ni smlm kat cerita Kau dan Aku. Best lak, rasa layan sgt haha. Rugi kalau xdgr. Stacy mmg best, tarian die leh wat kite pn nk menari hehe.

Oppps, terlebih sudah...hehe

cantiknye berbaju kurung. Comel

amik dari pada abang nara



Lirik Cerah – Stacy

 

Sungguh indah hari yang cerah

Sehari semalam

Tak dapat lena

Rahsia jiwa terlepas ke telinga

Mana ku sedia ohhh

Mana ku duga dikau secepat ini bertindak

Saatku kabur erti cinta

 

Bridge

Cemasnya

Tak terkira

Penatlah

Apa dikata

Waktunya

Dah tiba

Tiba masaku kenal cinta

 

Chorus

Tiap kali kau dekat

Hati seakan lompat

Lebih ceria di pagi yang cerah

Tiap kaliku dengar suaramu

Hilanglah gentar

Sungguh indah di hari yang cerah

 

Tidakku menyangka

Ini waktunya

Kau meluahkan kasih lama tersimpan

Manaku sedia

Manaku duga dikau secepat ini bertindak

Saatku kabur erti cinta

 

Ulang Bridge

Ulang Chorus

 

Ku akui sesekali ku terpesona

Dengan wajahmu

Tak terfikir sejauh ini

Dikau bersungguh ingin menyayangiku

 

Ulang Chorus 2X


Friday, March 5, 2010

Catatan hari ke tiga di Power Steel

11.15 pagi, Jumaat-5/3/2010

Agak menarik hari ini, hari ke-3 di Power Steel Shah Alam. Aku hanya nak update ape berlaku sepanjang hari ini. Walaupun tak dapat nak update blog kat ofis atau main FB ke atau apa-apa jer, tapi langsung tidak menghalang aku untuk menulis di dalam buku notepad aku ini, Capricorn.

notepad yang wajib ada

Notepad ini juga adalah catatan untuk belanjawan seharian dalam sebulan, bunyi macam kelakar jer, tapi penting untuk aku mengawal perbelanjaan dalam sebulan, berjimat dan tak mahu boros untuk bulan pertama bekerja. Ok tak cara ni??? Hehe.

Oppss, bukan ni aku nak cite sbnrnye. Hari ke-3 ni, Mr. Tong, Head of Planning and Production takkan bagi aku task yang berat2. Mr. Tong mahu aku berjumpa dengan Chai untuk belajar pasal raw material. Aku masih perlu faham banyak lagi proses dan prosedur yang terlibat. Apa yang penting adalah Raw Material, iaitu dalam bahasa industri ni kita panggil bahan yang belum diusik untuk tujuan proses berikutnya. Raw Material yang digunakan di company aku ni adalah wire daripada steel. Wire2 ini akan digunakan untuk proses heading, rolling (threading untuk ulir skru), dan proses sekunder cthnye trimming atau pointing. Untuk company aku ni dieorang cume kawal bahagian internal sahaja. Bhgn2 external dibuat oleh service provider (s.p.) iaitu subcon drp contractor lain. Bhgn external ni, Power Steel xbuat, tapi s.p. len yang wat untuk heat treatment, plating ke,tumbling ke atau coating.

Berbalik kepada bhgn internal tadi, wire seperti aku cakap tadi adalah raw material yang sediakan supplier daripada serata timur, Jepun (Adachi), Korea (SeAH, Metal 1), Metal 1 Thailand, Taiwan (Chin Yu) dan byk lagi la. Company aku banyak wat output mcm skru, bolt nut kebanyakannya tuk syarikat2 besar keta. Company2 besar mcm Perodua, Proton dan Hitachi adalah contoh customer terbesar company ni. Wah tak sangka blog aku jadi tempat laporan lak hehe. Dah penuh satu muka surat notepad ni. hehe.

Contoh wire drp supplier berbeza

Di bahagian Raw Material yang dikawal oleh Abang Chai tadi, wire2 ini akan dihantar ke setiap machine production jika diperlukan. Jadi Abg Chai ni lebih kurang orang yang bertanggungjawab untuk menyusun, menghantar dan juga menyemak setiap kualiti wire2 coil ni. Chai ada pengalaman 9 tahun dalam menyediakan stok untuk production. Bagus juga dapat tgk proses menyediakan wire coil ni dalam setiap coil stand. Chai menyusun wire ini 5 coil untuk setiap invois drp supplier. That's mean, satu stand tu ada 5 coil la.

cara memotong wrapping (bungkusan)

1 stand ni mesti ni ada 5 coil, so ni baru 4, kena ada lagi satu

tarik wrapping tu


cara nk buang bungkusan (wrapping) tadi

ID Tag kena buat after kite dah isi dalam ID form

Ok, dalam ID form ni kite kena letak detail yang telah diberikan invois supplier. Lepas da siap ID form tu kena letak detail dalam ID tag seperti di atas. ID tag ini ada detail, untuk code color, gred wire, diameter wire, panjang wire dan lain2 lagi la. Da siap sume ni maka leh la antar ke machine2 shop yang perlukan wire2 steel ni.

After dapat sume info yang aku nak, aku duduk la dalam ofis balik, dan time ni la aku tgh menulis lagi dalam notepad ni. Banyak gak aku dapat tahu pasal diameter wire, code2 warna wire, panjang wire dan plg penting tu gred wire tu. Kalau gred tu ada tulis SCM, itu antara yg plg bagus.

Sebenarnya ada lagi nak cite ni, tapi xpe kalau rajin nanti aku update lg k.

P.S. Bila fikir balik nak gak ada iPhone atau iPod ke senang sket aku nk type pape note dlm word ke. Bukannnya nak men internet sgt pn, tapi rasa mcm nak ada benda gantikan notepad capri tu haha.

Thursday, March 4, 2010

Subjektif, Abstrak atau Nyata?

Tidak dapat ku membayangkan apa yang telah berlaku pada aku hari ni...nape aku ni

Da lama xmenjadi terlalu hyperaktif mcm ni...mungkinkah aku sedang menghasilkan hormon-hormon yang menjadikan aku sebegini...

Aku bukan nak emo di sini..sbb entry ini adalah entry ke'happy'an yang terlampau melampaui batas dek akal aku...haha

Mungkin kerana akal fikiranku tidak lah berapa stabil hari ini...aku mmg suka amik tahu saja apa yang aku nak amik tahu...aku tidak peduli dan tetap nak amik tahu juga...aku xdpt berhentikan perangai suka mengusik, menyakat dan suka melawak2 melawak dan trus melawak...maaf sape2 terasa...jgn la amik serius sgt...papepun seribu maaf dariku...yang jelik datangnya daripada kita...cuma Allah yang Maha Sempurna...

Selagi ada jari dan buah fikiran aku tetap menulis di sini...sbb aku bebas berkarya di sini mengikut norma2 dan nilai2 yang tidak bercanggah...bagaimanapun aku tetap mahu menyatakan SUKAKAN sesuatu...dan xtahu nak ckp mcm mane adakah aku benar2 dilamun oleh virus yang sukar dikawal ni hehe...

Apapun aku suka pada dia, benda ni subjektif dan terlalu abstrak. maaf aku xdpt beritahu...walaupun mcm da terbagi tahu haha.

P.S. karya mengarut yang xperlu ditafsir oleh Usman Awang.

Wednesday, March 3, 2010

Welcome to the New World 5ruZ

rajin nampak...

Sempat gak aku nak postkan satu entry di sini. Huhu. Walaupun agak penat setelah seharian bekerja (ceh macam orang lain xpernah keja hehe). Seronok dapat menjalani kehidupan baru sebagai seorang engineer di sebuah syarikat yang agak komited dalam Malaysia ini. Salah sebuah syarikat pembekal terbesar kepada Proton, iaitu Power Steel and Electro Plating Works Sdn. Bhd. di Shah Alam. 

Aku rasa bersyukur dan bertuah dapat memulakan dunia baru ini. Satu tahap yang mencabar dalam hidup setiap manusia di dunia ini. Semoga perjalanan aku penuh duri dan liku ini berjaya di tempuh. Ajaib sekali, haih, kerana aku dapat kerja setelah hari ini interview esok trus dapat. So miracle haha. Thanks to Encik Param, Mr. Tong and all crews there help me even im freshies here. Semuanya mesra di hari pertama ini. Cuma Mr. Tong janganlah laju sangat ajar, saya xdpt nk tangkap sangat.

But I can catch up as fast as I can, because my major more in Material Process and Analysis. Aku rasa xde masalah sbb ada gak knowledge dalam Mechanical properties and chemical composition any materials. Aku familiar dengan material seperti Steel dan Aluminium Alloy. Aluminium Alloy banyak aku gunakan dalam analisis kegagalan dan ketidakterhinggaan. Projek Ilmiah akhir aku juga tidak terlepas daripada konsep2 ini.

Company ini based pada manufacturing, 100 percent dalam automotif. Masa aku di temuduga tu, aku xberapa gelabah sgt atau kaget sgt. Sbb da biasa menghadapi temuduga dan aku tahu serba sedikit tentang company ini serta xrugi jika aku menjadi salah satu ahli keluarga Power Steel. Kali itu aku berjaya melakukan dengan cemerlang, dan target untuk mengisi jawatan sebagai engineer bhgn production dan planning. Not bad. Aku harap dapat meneruskan kesinambungan pereka2 dan jurutera2 terdahulu drp kita yang bertungkus lumus mencipta dan membina teknologi dan kemudahan yang kita ada sekarang ini. tul x

penuh dedikasi

P.S. Oppss aku xleh nk tulis byk sbb da kena tido ngantuk esok keja...bye...assalamualaikum...

P.P.S. Ada lagi benda nak tambah hehe, masa 1st time datang keja habis sume ingt aku cina haha...apela...sampai department sebelah dari QA, HR sampai shop keeper sume tny aku cina ke...huhu...plg best ramai puji aku hensem haha...opps...kena gak lagi...dieorang bgtau kalau ada kebakaran cpt2 lari yer 5ruz...tkt muka kau tbakar hitam haha

Hati yang Kau sakiti

Wah layan lagu rossa jap yang penuh syahdu syahdan mcm hattan wahaha...gler suke lagu ni...aku layan tuk release penat sepanjang hari keja hehe. I Love U Rossa kau sememangnya comel. Rosa dalam bahasa adalah pink dalam bahasa latin (spanish)...comelkan nama die mmm. Lagu ini juga adalah lagu tema salah sebuah Telenovela yang sedang ditayangkan di Astro Prima iaitu Airmata Cinta lakonan Cinta Laura

Lirik:

Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

 

jangan pernah katakan bahwa

cintamu hanya untukku

karna kini kau telah membaginya

 

* maafkan jika memang kini

harus kutinggalkan dirimu

karna hatiku selalu kau lukai

 

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu

ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

 

reff:

ku menangis membayangkan

betapa kejamnya dirimu atas diriku

kau duakan cinta ini

kau pergi bersamanya

 

ku menangis melepaskan

kepergian dirimu dari sisi hidupku

harus slalu kau tahu

aku lah hati yang telah kau sakiti

 

repeat *, **

repeat reff

 

ku menangis

harus slalu kau tahu

aku lah hati yang telah kau sakiti


Tuesday, March 2, 2010

Hotel Mania...mania...macam Krumania je hehe


Esok aku dapat keja kat shah alam syeksyen 15 di Power Steel, tercapai cita2 aku menjadi seorang engineer, huhu, syukur. Tapi itu bukan aku nak cite hari ni haha. Nak cite pasal hotel mania, drama baru di TV3. 

Wah2 bestnya hotel mania. Puas hati la tgk cite ni. Drama muzikal, lebih2 lagu kru byk dlm cite ni, hehe. Tempat lak kat Marriot Putrajaya, aku penah la keja kat situ, best. Bile tgk adiwira, dieorg ckp die sarawak, teringtlak penah orang ingt aku sarawakian masa keja kat hotel dulu haha, mmg ada kena mengenala sket ngn kisah aku tu, si marsha yg tegedik2 n garang tu mmg btul tau. Dl mmg ada minah cm tu kat hotel. Dulu si minah tu nama Shida, mmg mcm tu, suke ajak kiteorang karaoke huhu lalalala.  haha. Si bob chef pn same, mulut kecoh, gud job KRU sbb ada cite mcm ni, dieorang tul2 wat kajian b4 running dis project, tahniah

Bagi aku xrugi la kalau tgk cite hotel mania ni, puas hati, cerita xla berat sgt. Santai je yeah. Apepun tahniah kepada semua pelakon dan krew yang menjayakan cerita ini, harap KRU trus berkarya untuk masa mendatang.


Kalau di lihat promo drama ini, kebanyakan di bintangi oleh bekas – bekas peserta Akademi Fantasia. Penyanyi menjadi pelakon. Aduh, macam – macam dunia artist sekarang.

Apa yang ada dilihat, Hotel Mania macam berkonsepkan Muzikal sebab ada scene – scene menyanyi dan menari di kaki tangga hotel tersebut. Erm, macam biasalah aku, disebabkan lagu tema atau OST dia macam best jer, jadi aku mesti tengok.

Dikatakan drama muzikal ini yang pertama di Slot Lestary untuk tahun 2010 ini di Tv3 dengan jumlah episode sebanayk 26 episode hasil terbitan daripada kumpulan adik beradik. Siapa lagi kalau bukan Kumpulan KRU. Memang baguslah adik beradik ni. Pandai.

Antara pelakon yang terdapat dalam drama Hotel Mania ini, adalah Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Drama muzikal sudah bukan satu idea yang baru. Walaupun sambutannya kurang baik tetapi ia tidak mematahkan semangat KRU Studios untuk menerbitkan drama muzikal mereka sendiri.

Lagu tema Hotel Mania ni pun best gak, korang boleh dengar sini.






Lirik:

Nada bersendirian

Memerlukan iringan

Nota /Noktah kedua dan ketiga

Dibantu irama

A,B,C,D,E,F,G

Rentetan kunci do re mi

Bersatu kita terus

Mewarnakan lagu

Berpadu suara kita alunkan melodi

Diriku dan dirimu

Menceria kan suasana harmoni

Hotel Mania.



Sinopsis ini petikan daripada Gua.com.my

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja ‘front desk’ yang menaruh hati pada Adiwira. 


P.S. Hope dat KRU still make their next album...too long waiting...huhu

Artikel di petik daripada:

http://amsuda.blogspot.com

http://www.ezy4u.org