Wednesday, April 7, 2010

14 kriteria utamaku...

Di bawah ni ada lah kriteria2 gurl yang aku nak akan datang, kriteria2 yang aku nak ni berdasarkan pengalaman2 dengan gurl2 terdahulu, 14 kriteria adalah rekaan aku semata2 tiada kena mengena dengan hidup ataupun mati. Kalau dapat kriteria yang ada ni bagus lah hehe. Mmg ssh nak mencari2 yang benar2 berani mati dalam perhubungan.

1. ceria
2. tidak manja
3. suke gelak bile aku wat lawak loyer buruk haha
4. bukan pendiam dan bukan penyepi haha
5. lasak
6. tidak merokok, shisha xpe haha
7. ada emosi dan sentimental yang tidak keterlaluan...
8. mudah bawak berbincang
9. positif minded
10. xkisah free hair atau bertudung
11. umur antara 18 hingga 30 tahun.
12. open-minded dan xkontrol ayu.
13. not under estimate me
14. dan plg penting xnak gurl yang byk komplain, dan cerewet.

Tuesday, April 6, 2010

Layakkah aku?

Hehe...tajuk mcm gempak je. Lama juga aku tak update blog aku ni. Sunyi sepi je. Agak bz apabila da stat keja kat shah Alam tu.

Tergerak aku nak cerita pasal sabtu ni aku dapat ujian bertulis Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA untuk kemasukan kerja sbg Penguasa Kastam dan Imigresen gred 41. Huh pening nak kena study balik benda2 yang lama aku tinggal haha. Topik yang kena study ni, pasal negara kita, sejarah negara, subjek m3 sampai form 5, entah ingt lagi ke x dan lain2. Kebanyakan berkisar tentang isu semasa.

Semoga aku berjaya menempuhi exam yang hampir 90 peratus calon2 yg dtg gagal untuk exam ni heh. Di bawah antara buku yang aku dapat kumpulkan setakat ini nak study.

P.S. Xde kena mengena langsung buku Spanish nak study haha. Apela aku ni kan.


Monday, March 22, 2010

Yang mana satu? Aku keliru?

Aku sedang prepare untuk esok di department QA company aku. Tapi seakan bosan la pulak. Malas benar nak study pape pn ni. Dalam otak aku hanya nak rest2 rest dan rest. Tak ada mood langsung. Pening dan serabut sangat hari ini. Tension la banyak sangat benda kacau, sampai aku rimas dan tiada privacy sendiri. Ada sesetengah orang yang tak nak faham privacy orang lain. 

Tapi ada perkara lain yang menggembirakan aku sebab aku dah jumpa orang yang baru. Yang dapat membuatkan hati aku tersenyum kembali. Dapat aku tinggalkan kekasih yang lama. Rasa puas sbb dapat wat mcm ni. Memang patut aku tinggalkan cinta yang lama, kerana cinta yang baru sedang bermula. Apapun hubungan aku dan yang baru ini, masih dalam peringkat perkenalan dan aku tidak tahu apa kesudahannya nanti, aku tidak berani jamin apa2 setakat ini. Dengan family aku sendiri pn aku berahsia, ini kan dengan orang lain. Aku tahu aku perlu simpan dalam hati aja. Aku rasa hidup kembali bermakna dengan kehadirannya, dengan suaranya bak Alicia Keys, dan gelagatnya yang membuatkan aku tak dapat tidur dengan lena. Aku suka sangat mengusik dan menyakat dia, tak sangka kami boleh jatuh cinta. Membuatkan ku lupa pada sume benda di dunia ni hehe. Buat apa pun mcm xjadi je kalau terfikirkan dia. Si Dia yang telah membuatkan hati aku cair haha. 

Aku sedang dilamun cinta dan mula tertarik dengan dia. Kami baru sahaja bermula dan hanya kami saja yang tahu apa yang berlaku pada hati masing2, hehe. Maaf kerana aku tak dapat berbicara lanjut tentang si dia. Aku ada sebab kerana dia begitu istimewa wat masa ini, kerana telah menggantikan hati yang terluka, selamat tinggal kekasih lama. Biarpun dengan anis tiada kata putus yang kami berpisah, tapi aku dah xmahu amik tahu lagi pasal dia, sbb hati aku da terpikat yang baru hehe. Berambus dari hidup aku anis.

Ini bukan noktah cinta aku, tapi permulaan pada sebuah buku yang baru. Mulai hari ini puteri hati aku adalah dia yang akan ku gelarkan Honey, haha.

P.S. So apa pendapat anda, adakah saya patut tinggalkan ANIS yang menyepi terlalu lama? ATAU dengan HONEY yang mmg layak dan matang?

Wednesday, March 17, 2010

Noktah Cinta

Xde ape aku dapat update..just terdengar lak lagu Hafiz AF7 yang baru. Xde la minat sangat Hafiz ni, p lagu die best, hehe. Sangat bermakna untuk aku dan macam kena dengan hati aku skrang ni...mood aku tgh hepi dan ok sgt2. Mcm suke kan seseorang tapi aku xleh nak cerita sebab aku sendiri xpasti ape sbnrnye berlaku pada hati aku haha.. ceh wah....

ok layan lagu ni.

Single terbaru dari Hafiz, Noktah Cinta.

layannn... :)

 

Ternyata semua bicaraku

Tersimpan di dalam hati itu

Ternyata semua soalanku

Tak pernah kau fikir di fikiran

 

Mengapa kau masih

Mencari kepastian dalam cinta

Dan disini masih

Menanti jawapannya

 

*chorus*

Tuhan tolong nyatakanlah

Padanya tentang cinta

Adakah masih diriku di perlukan

 

Tuhan tunjukkan padanya

Tentang apa yang ku fikirkan

Adakah cinta ini

Perlu untuk dirinya

 

Berbicara tentang cinta kita

Masih tiada noktah penghujungnya

Berbicara tentang perasaan

Simpan saja semua itu

 

Mengapa kau masih

Mencari kepastian dalam cinta

Dan disini masih

Menanti jawapannya

P.S. Kita sebagai manusia biasa masih mencari kepastian. Jawapannya terletak pada hati kita sendiri. Tanya lah hati kerna di situ jawapannya di sana hehe.

Sunday, March 14, 2010

Gathering Relatives @ S. Alam

Sempena sebahagian saudara mara aku yang akan pergi umrah minggu depan, sempat juga aku nak update kan gambar2 untuk tatapan semua. Bukan apa. Geram lak melihat telatah dan gelagat budak2 ni yang comelnya. Hehe.

I am having fun there. Tempatnya di Kelab Golf Seksyen 13, rumah Anti aku, Jamilah. Aku rasa sangat sejuk hati hari ini. Lega, tenang dan aman rasanya, apabila semuanya ok. Di bawah ada sebahagian gambar2 masa gathering sedara mara sume, even xbyk aku dpt snap tadi, p cukup hati aku berasa sejuk aja.

Di sini aku bersyukur dapat berbaik dengan dia, sebenarnya aku sayang kan cousin2 aku, aku tak mahu ada perselisihan faham. Dah namanya darah daging, kita carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga kan. Sekarang aku faham kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi, kami berbaik2 tanpa campur tangan sesiapa pun, masing2 dah besar dah matang. Tahu mana baik dan buruk.

Segala pertelingkahan aku antara sepupu aku dapat dileraikan. Kadang2 aku rasa mmg tak sampai hati dan tak patut aku buat mcm tu. Apapun kami dah bermaafan, dan aku tahu masing2 punyai ego. Aku tak mahu itu berpanjangan.

Seronok sangat berada di sana, mungkin benar apa katanya, sume dah mula berjauhan dan berenggang atas urusan kerja dan belajar. Namun aku tahu di sebalik konflik antara sesama kami tak akan berpanjangan, aku faham dan aku tidak berani untuk masuk campur, maaf semua aku rasa aku tidak layak. Tapi, aku berdoa semoga semuanya pulih, dan harapkan yang terbaik untuk semua. Aku sayang kamu semua. Dan entri ditujukan khas buat saudara mara aku yang tersayang.

P.S. Semoga hubungan sesama kita berkekalan hingga beberapa generasi. Bangga menjadi cucu Atuk Yusof dan Atuk Abas. Dua2 berhati waja dan cekal. Maafkan segala salah dan silapku.


Farid dan adik dia Aisyah

Farid

Comelnya...Qaisara dan ibunya (Zaliza my cousin)

Comel x?

Puk amai2 belalang kupu2

lor nape ni hehe


Adik aku Farisya dan Qaisara

Sama2 tembam kan haha

Saturday, March 13, 2010

Wenger - To master the midfield is important


Arsenal in recent 13 years, had more key players like Viera, Cesc Fabregas, Marc Overmars, Pires and etc. But now they have new key and killer play maker, born in fast track, like Rosicky, Arshavin and Nasri; they can assist and dribble very well. I think they have well organisation and can fight for European title this season. I love Arsenal, and can't stop love the trend of exquisite football. Arsenal now matured enough and don't  afraid to Giant team. Hope Arsenal can get Double Cups for this season. 

The article get from Arsenal.com

By Nick Teale

Arsène Wenger has hailed the impact of midfielder trio Tomas Rosicky, Samir Nasri and Andrey Arshavin on Arsenal's season.

The manager believes their versatility and technical ability are key to the Gunners’ style of play, especially in Europe.

Arshavin has played across Arsenal's front three this season, and was particularly impressive when he stood in up front when the Gunners' injury crisis hit its peak during the winter.

Nasri missed the first two months of the season with a broken leg but has been impressive in recent weeks. His delicate assist helped Cesc Fabregas give Arsenal the lead against Burnley last weekend, and the Frenchman scored one of the Gunners' goals of the season in the 5-0 win over Porto in midweek.

Rosicky has enjoyed one of his best seasons in an Arsenal shirt and has played on the left, right and in midfield this term, returning to the creative force he was before rupturing his knee ligaments two years ago.

All three have earned the praise of Wenger this week.

"It is very important when you fight in Europe to have a good technical level," said the manager.

"All these players give you a guarantee of good technique. To master the midfield is important. We have a game based on quick passing movement that demands good technique."

Thursday, March 11, 2010

Adakah melepaskan sesuatu itu, satu kehilangan?!

Huhu rasa tak ada idea la nak tulis apa2 entry ni. P aku harap dapat update kan blog aku ni dari masa ke masa. Agak penat sikit la hari ini. Baru je seminggu macam da tak larat je hehe. Nak ngarot atau mencarot je kat sini. P tak beretika lak wat mcm ni. Sbb blog atau FB bukan tempat untuk kita lepaskan geram la aku rasa (walaupun aku penah terbuat haha).

Ambil masa nak update benda dan cite baru ni. Cuma esok mula bertugas macam biasa lah di SA, kena amik adik aku Fifi dan rasa rindu la kat MAMA aku sbb nak pergi umrah. Huwaa. Tak pernah berjauhan sejauh ini dan selama lebih 2 minggu ni hehe. Ceh.

Entry ni aku tujukan khas untuk MAMA, Anis, Aina, Makmi dan sekeluarga semua. Semoga mereka selamat pergi dan pulang ke Tanahair. Aku doakan yang terbaik untuk mereka dan menerima pahala yang bukan kepalang. MAMA doakan Ayoi berjaya dalam hidup dan kerjaya yer.

Sabtu ini mereka akan berangkat dan menunaikan umrah. Doaku seiring selalu. Agak ralat sebab tak dapat nak hantar ke KLIA.

P.S. Aku tetap menjalani hidup seperti hari2 biasa. Hari2 mendatang yang penuh cabaran dan menjanjikan kejayaan. Aku dapat rasa aku dapat terima hakikat tanpa dia. Aku tak takut pada kehilangan lagi. Kalau terlepas biarlah ia terlepas, jangan dikenang lagi. Wah2 hehe.