Monday, March 22, 2010

Yang mana satu? Aku keliru?

Aku sedang prepare untuk esok di department QA company aku. Tapi seakan bosan la pulak. Malas benar nak study pape pn ni. Dalam otak aku hanya nak rest2 rest dan rest. Tak ada mood langsung. Pening dan serabut sangat hari ini. Tension la banyak sangat benda kacau, sampai aku rimas dan tiada privacy sendiri. Ada sesetengah orang yang tak nak faham privacy orang lain. 

Tapi ada perkara lain yang menggembirakan aku sebab aku dah jumpa orang yang baru. Yang dapat membuatkan hati aku tersenyum kembali. Dapat aku tinggalkan kekasih yang lama. Rasa puas sbb dapat wat mcm ni. Memang patut aku tinggalkan cinta yang lama, kerana cinta yang baru sedang bermula. Apapun hubungan aku dan yang baru ini, masih dalam peringkat perkenalan dan aku tidak tahu apa kesudahannya nanti, aku tidak berani jamin apa2 setakat ini. Dengan family aku sendiri pn aku berahsia, ini kan dengan orang lain. Aku tahu aku perlu simpan dalam hati aja. Aku rasa hidup kembali bermakna dengan kehadirannya, dengan suaranya bak Alicia Keys, dan gelagatnya yang membuatkan aku tak dapat tidur dengan lena. Aku suka sangat mengusik dan menyakat dia, tak sangka kami boleh jatuh cinta. Membuatkan ku lupa pada sume benda di dunia ni hehe. Buat apa pun mcm xjadi je kalau terfikirkan dia. Si Dia yang telah membuatkan hati aku cair haha. 

Aku sedang dilamun cinta dan mula tertarik dengan dia. Kami baru sahaja bermula dan hanya kami saja yang tahu apa yang berlaku pada hati masing2, hehe. Maaf kerana aku tak dapat berbicara lanjut tentang si dia. Aku ada sebab kerana dia begitu istimewa wat masa ini, kerana telah menggantikan hati yang terluka, selamat tinggal kekasih lama. Biarpun dengan anis tiada kata putus yang kami berpisah, tapi aku dah xmahu amik tahu lagi pasal dia, sbb hati aku da terpikat yang baru hehe. Berambus dari hidup aku anis.

Ini bukan noktah cinta aku, tapi permulaan pada sebuah buku yang baru. Mulai hari ini puteri hati aku adalah dia yang akan ku gelarkan Honey, haha.

P.S. So apa pendapat anda, adakah saya patut tinggalkan ANIS yang menyepi terlalu lama? ATAU dengan HONEY yang mmg layak dan matang?

0 comments:

Post a Comment