Wednesday, March 3, 2010

Welcome to the New World 5ruZ

rajin nampak...

Sempat gak aku nak postkan satu entry di sini. Huhu. Walaupun agak penat setelah seharian bekerja (ceh macam orang lain xpernah keja hehe). Seronok dapat menjalani kehidupan baru sebagai seorang engineer di sebuah syarikat yang agak komited dalam Malaysia ini. Salah sebuah syarikat pembekal terbesar kepada Proton, iaitu Power Steel and Electro Plating Works Sdn. Bhd. di Shah Alam. 

Aku rasa bersyukur dan bertuah dapat memulakan dunia baru ini. Satu tahap yang mencabar dalam hidup setiap manusia di dunia ini. Semoga perjalanan aku penuh duri dan liku ini berjaya di tempuh. Ajaib sekali, haih, kerana aku dapat kerja setelah hari ini interview esok trus dapat. So miracle haha. Thanks to Encik Param, Mr. Tong and all crews there help me even im freshies here. Semuanya mesra di hari pertama ini. Cuma Mr. Tong janganlah laju sangat ajar, saya xdpt nk tangkap sangat.

But I can catch up as fast as I can, because my major more in Material Process and Analysis. Aku rasa xde masalah sbb ada gak knowledge dalam Mechanical properties and chemical composition any materials. Aku familiar dengan material seperti Steel dan Aluminium Alloy. Aluminium Alloy banyak aku gunakan dalam analisis kegagalan dan ketidakterhinggaan. Projek Ilmiah akhir aku juga tidak terlepas daripada konsep2 ini.

Company ini based pada manufacturing, 100 percent dalam automotif. Masa aku di temuduga tu, aku xberapa gelabah sgt atau kaget sgt. Sbb da biasa menghadapi temuduga dan aku tahu serba sedikit tentang company ini serta xrugi jika aku menjadi salah satu ahli keluarga Power Steel. Kali itu aku berjaya melakukan dengan cemerlang, dan target untuk mengisi jawatan sebagai engineer bhgn production dan planning. Not bad. Aku harap dapat meneruskan kesinambungan pereka2 dan jurutera2 terdahulu drp kita yang bertungkus lumus mencipta dan membina teknologi dan kemudahan yang kita ada sekarang ini. tul x

penuh dedikasi

P.S. Oppss aku xleh nk tulis byk sbb da kena tido ngantuk esok keja...bye...assalamualaikum...

P.P.S. Ada lagi benda nak tambah hehe, masa 1st time datang keja habis sume ingt aku cina haha...apela...sampai department sebelah dari QA, HR sampai shop keeper sume tny aku cina ke...huhu...plg best ramai puji aku hensem haha...opps...kena gak lagi...dieorang bgtau kalau ada kebakaran cpt2 lari yer 5ruz...tkt muka kau tbakar hitam haha

0 comments:

Post a Comment