Sunday, March 14, 2010

Gathering Relatives @ S. Alam

Sempena sebahagian saudara mara aku yang akan pergi umrah minggu depan, sempat juga aku nak update kan gambar2 untuk tatapan semua. Bukan apa. Geram lak melihat telatah dan gelagat budak2 ni yang comelnya. Hehe.

I am having fun there. Tempatnya di Kelab Golf Seksyen 13, rumah Anti aku, Jamilah. Aku rasa sangat sejuk hati hari ini. Lega, tenang dan aman rasanya, apabila semuanya ok. Di bawah ada sebahagian gambar2 masa gathering sedara mara sume, even xbyk aku dpt snap tadi, p cukup hati aku berasa sejuk aja.

Di sini aku bersyukur dapat berbaik dengan dia, sebenarnya aku sayang kan cousin2 aku, aku tak mahu ada perselisihan faham. Dah namanya darah daging, kita carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga kan. Sekarang aku faham kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi, kami berbaik2 tanpa campur tangan sesiapa pun, masing2 dah besar dah matang. Tahu mana baik dan buruk.

Segala pertelingkahan aku antara sepupu aku dapat dileraikan. Kadang2 aku rasa mmg tak sampai hati dan tak patut aku buat mcm tu. Apapun kami dah bermaafan, dan aku tahu masing2 punyai ego. Aku tak mahu itu berpanjangan.

Seronok sangat berada di sana, mungkin benar apa katanya, sume dah mula berjauhan dan berenggang atas urusan kerja dan belajar. Namun aku tahu di sebalik konflik antara sesama kami tak akan berpanjangan, aku faham dan aku tidak berani untuk masuk campur, maaf semua aku rasa aku tidak layak. Tapi, aku berdoa semoga semuanya pulih, dan harapkan yang terbaik untuk semua. Aku sayang kamu semua. Dan entri ditujukan khas buat saudara mara aku yang tersayang.

P.S. Semoga hubungan sesama kita berkekalan hingga beberapa generasi. Bangga menjadi cucu Atuk Yusof dan Atuk Abas. Dua2 berhati waja dan cekal. Maafkan segala salah dan silapku.


Farid dan adik dia Aisyah

Farid

Comelnya...Qaisara dan ibunya (Zaliza my cousin)

Comel x?

Puk amai2 belalang kupu2

lor nape ni hehe


Adik aku Farisya dan Qaisara

Sama2 tembam kan haha

0 comments:

Post a Comment