Wednesday, March 10, 2010

Arsenal reached to Quarter Final, yes...

Penalty pada minit ke 90, Bendt so cool like Fabregas...

Nasri celebrate selepas score.


4.20 pagi, sebelum pergi keja, BTP Rawang.

Aku rasa aku tidak mahu ketinggalan untuk cerita lagi pasal Arsenal ini. Tgk jeles lak kat Hatta dan Anne pabila mereka review team favorite aku, Arsenal hehe. Semalam aku tidur agak awal dalam 11 malam, walaupun, aku kerja namun tidak mematahkan hati aku nak tgk Arsenal lawan ngn Porto. Sayang nak tinggalkan. Masa bukak2 ESPN pukul 4.20 pagi, Bendtner da score 2 gol untuk Arsenal. Aku terlepas. Tersedar bangun tadi pun sebab anjing selalu bertalu2 menyalak dengan kuat, seram pagi2 ni haha.

Fuh, selamat Arsenal terlepas hlgn peringkat 16, skrg ni masuk suku akhir menyertai dua pasukan pertama, selain Bayern Munich. Yes. Aku harap MU kalah, sbb aku mahukan juga AC Milan menang, Arsenal menang dengan mudah atasi Porto dengan 5-0, wow it was so impressed me a lot. Congrate to Arsenal and Bendtner. Harap dapat tgk prestasi mereka lebih baik pas ni.

Maklumat daripada Arsenal.com dan di ESPN tadi, aku lihat Arsenal bermain dengan sangat konsisten sekali, menakjubkan sekali, tak dapat nafikan Arsenal team fav aku drp dulu, asik kena serang, tapi mereka bertahan dengan cemerlang. Permainan pagi tadi, Fabregas diganti oleh Arshavin, Nasri untuk mencipta taktikal kreatif dan berkesan.

Terkejut dengan persembahan Arshavin dan Nasri malam tadi, mereka berjaya mengucar-kacirkan sekurang2 nya 3 pertahanan Porto, tapi Nasri la paling gempak, aku xkan lupakan jaringannya seperti pemain Brazil tarafnya. Haih.

Bendtner walaupun dapat 3 gol nasib, tapi bagi aku dia adalah penyudah yang bagus untuk pasukan Gunners ini. Apapun aku tetap rindu aksi Van Persie. Harap dia pulih bulan 4 ni nanti.

Puas hati jugak lah Arsenal menang besar, sbb Porto pn dapat gol nasib masa kat homegrown dieorang 2 minggu lepas. Arshavin antara penyumbang terbesar untuk Bendtner dan Emmanuel Eboue untuk score. Aku kira tadi 3 assist Arshavin. Huh. Tak dinafikan bahawa Arsenal adalah team konsisten dalam Liga Juara Eropah ni. Gol pertama Arsenal  tu aku rasa mcm Arsenal bayar 'cek' untuk menang haha. Cuma satu gol lagi untuk mereka menang agregat besar, seolah2 mcm tunaikan cek tadi, haih ape aku ngarut ni. Okla papepun tahniah untuk aku dan fans2 Gunners yang lain ok.

P.S. Di bawah adalah jersey2 Arsenal yang pernah aku ada untuk buktikan aku peminat setia. Cuma jersi merah tu lama sangat, masa Dreamcast taja Arsenal. ok papepun korang enjoy baca post ni. Muchas Gracias.

Jersi first aku beli dulu

2nd jersi aku beli

3rd jersi, away jersi

0 comments:

Post a Comment