Wednesday, February 17, 2010

Sejuk mata memandang...

Sekarang hujan sedang turun dengan lebatnya...

Nasib baik aku, Mama, dan adik-adik yang lain sempat pulang ke rumah dari Cheras, tidak sempat nak berborak dengan bakal adik ipar hehe...sambil dengar lagu-lagu daripada Wonder Girls, terutamanya lagu remix Rainstone Nobody, sungguh melayan jiwaku di kesejukan ini. Tadi pergi ke rumah Waqqas dan adiknya Damia, kecil lagi, comel dan teruja melihat telatah mereka, yang seorang berangan nak jadi askar, adiknya pula mahu menjadi 'Princess' haha. Kelakar...

Waqqas baru saja 7 tahun, adiknya dalam 5 tahun, suka melihat mereka, budak-budak yang pernah mama aku 'baby-sitting' dulu. Selalu menziarah mereka jika kami ada kelapangan. Aku sempat melayan PS 2 dan menyakat Waqqas, Damia pula masih dengan Princess Wannabe. Mereka duduk di Cheras, Bandar Tasik Permaisuri, dulu aku suka berjoging di Tasik Permaisuri. Alangkah bahagianya jika aku ada anak yang comel macam Waqqas dan Damia.

Aku suka tangkap gambar budak-budak kecik. Telatah keanakan kadangkala dapat menyejukkan hati kita. Tenang dan aman sekali. Anugerah Allah yang paling bernilai sekali.

Gambar masa raya 2008

Inilah Damia


Waqqas dan Damia, comelnya...


Hujan sekarang sudah berhenti, sekejap benar. Baru hendak merasai kesejukan dan kedinginan alam. Hujan rahmat barangkali.

P.S. Gambar di bawah adalah poskad untuk anak-anak yang tidak senasib seperti kita di Palestin. Tujukan khas buat mereka, sedih dengan nasib mereka. Teringat pasal kanak-kanak di sana. 



 

0 comments:

Post a Comment