Wednesday, January 27, 2010

Jangan Kau Henti

Jangan Kau Henti - Blogger Boy (Qi Razali)

--------------------------------------------------------------


Lagu daripada episod 9, Blogger Boy setiap Khamis di 8TV. Maaf kualiti kurang memuaskan.


Ini pula sedutan episod 9, di hujung video ini ada sedutan lagu ini.

 

Best citer ni rugi korang xtengok, lagu ni pun boleh tahan gak. Blogger Boy sudah pun masuk musim yang ke-2. Musim pertama da lama berlalu. Cerita nya simple dan jalan citer pn menarik. Menghiburkan hati dan menceriakan hari-hari anda lalui.

Mengisahkan kisah seorang guru tuisyen lakonan Qi bekas pemain drum OAG. Dah banyak kali mamat blogger boy ni menyanyikan lagu2 dalam cerita ini, contohnya lagu jangan kau henti, atas nama cinta dan biar mati cinta ini. Penerbit dan pengarah cerita ini sangat bijak menggunakan lagu2 yang menarik dan berkesan sepanjang perjalanan kisah blogger ini.

Seperti lagu di atas Budi menyanyikan lagu ini atas sebab kecewa dalam percintaannya dengan Nina lakonan Julie Woon. Lantas dengan itu, Budi terus menutup blog nya, Blogger Boy dan hatinya hancur, dan di tanam di dasar laut. Wah2, sungguh berjiwa besar orang yang mencipta jalan cerita ini, hanya sekadar lukisan hitam dan putih tapi berjaya memikat hati aku untuk terus mengikuti. 

Part yang menarik apabila Tiqa lakonan Nad dpt mencari siapakah Blogger Boy tersebut. Tidak disangkanya siulan lagu Jangan kau Henti adalah cikgu tuisyen nya sendiri haha. Aku cukup kagum dengan ketabahan cikgu Budi yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan Atiqah meneruskan study dalam SPM. Ingat lah kita tidak boleh berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun. Mmg kreatif, bila Budi mengajak Atiqah dan awek dia main Basketball, lantas menyedarkan Atiqah tiada yang dapat menghalangnya untuk terus bangkit biarpun dia lumpuh. 

P.S. Selanjutnya kisah ini akan dipaparkan setiap khamis 9.30 malam di 8TV. Sesiapa yang terlepas cerita ini boleh disaksikan melalui www.8TV.com.my


Tuesday, January 26, 2010

Pantun Nukilan...

Di sini aku nak share pantun dgn korang sume…mari la kite berpantun wakaka hehe, mari kita menggilakan keadaan di sini yer. Sori aku tidak jual pantun di sini, selonggok pun xnk jual haha

 

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama ngn kucing belang,

Bila hatiku dah dicuri,

Hanya dirimu yang ku julang.

 

Buah berangan di bawa belayar,

Kapal mudik ke muara,

Bila hati sudah tegar,

Rasa rindu dan sayang mula bersuara.

 

Pergi ke tanjung singgah berehat,

Berehat sebentar melihat perahu,

Luka di tangan boleh dilihat,

Tapi luka di hati tidak siapa yang tahu.

 

Muka berparut kena campak,

Ubati dengan bedak sejuk,

Pilu di hati tak siapa nampak,

Orang kita sayang selalu buat kita merajuk.

 

Keluar makan dengan cik suraya,

Makan kenyang sampai sendawa,

Shoping sakan untuk raya,

Duit jangan lupe nak bawa.

 

Pergi klcc cuci mata menggatal,

Pergi pula dengan pak Tamam,

Missy sya ada kat hospital,

Tolong la jaga saya sakit demam.

 

Hasil nukilan Fairuz aka Armando Ruiz.

P.S. Idea menulis pantun ini hadir semasa duduk termenung terus datang ilham dan inspirasi. kadang-kadang tergelak sendiri menulis pantun. Pertama kali yer hehe.

FA Cup Arsenal

Huhu, tak sangka betul arsenal kalah dalam piala fa tahun ini. Sedihnya. Ini bermakna arsenal senasib dgn MU, Liverpool apabila tersingkir dalam piala second class ini. Mana tidaknya piala inilah satu-satunya harapan untuk kejuaraan penting buat Arsene Wenger. Malangnya arsenal bermain sambil lewa dan tidak mantap sebelumnya walaupun ada Fabregas. Tapi tidak mengapa dah adat permainan bola. 

Tapi aku cukup kagum dengan kemenangan Arsenal ke atas Bolton 4-2 baru-baru ini. Tabik untuk Rosicky, Fabregas dan Vermalen yang menjaringkan gol-gol yang sangat cantik. Walaupun dah ketinggalan 2 gol, namun arsenal tetap bersemangat untuk terus menerajui liga, haha. Harap-harap tahun ini arsenal juara liga dan juara Eropah ya.


                                                                    from: Arsenal.com


Aku mmg dah lama minat dengan Arsenal sejak Form 2 lagi. Aku suka tgk permainan dieorang sgt menarik, cara passing dan bagaimana dieorang pecahkan kubu lawan. Kagum dan teruja melihat permainan mereka, sejak itu aku akan menjadi die hard fan Arsenal sampai bila-bila, go Gunners. Arsenal Forever.

P.S. di bawah ada gambar baru-baru ini aku shopping jersey dan topi arsenal away (biru). Mmg fanatik sangat la, hehe. Amacam ada ciri2 x nak jd player Arsenal, haha.





Arghhh...

Arghhh...

Tension aku, setiap malam aja sukar untuk aku melelapkan mata. Aku tidak tahu kenapa dilema ini sentiasa melanda diri aku. Agak tertekan kerana aku mungkin diserang insomnia dan depresi. Mungkin aku menafikan apa yang dikatakan adik aku itu yang aku mmg menhidapi insomnia. Ya, benar aku agak, agak tertekan malam ini, terlalu memikirkan bila hendak mendapat kerja yang sesuai buat masa ini dan kemana orang yang aku sayangi ini. Aduh kenapa terlalu banyak perkara yang bermain di kotak pemikiran ku ini.

Aku menulis di sini untuk meluahkan kerungsingan yang terbuku di benak hati. Mungkin dengan ego ku ini agak sukar untuk aku meluahkan semuanya. Bila memikirkan segala krisis yang melanda aku harap tidak seteruk dengan apa yang orang lain alami. Sekadar renungan untuk kita semua, tidak semua akan anggap itu mudah apabila sukar, tidak semua kabar itu benar selagi belum tertulis sahih, tidak endah tidak bermaksud tidak ambil peduli, dan ada aku pinta mereka menyebelahi, menyokong aku. Maaf aku tidak termakan semua itu, bak kata orang tak hidup dek puji; tak mati dek keji. Aku tidak pernah kisah tentang apa yang mereka buat, tapi kenapa menuduh aku melakukan sedemikian. Aku tidak seburuk apa yang mereka sangka. Mereka hanya memandang luaran. Selama ini aku menjaga hati mereka? Adakah mereka sebaliknya? 

Namun tak semudah itu manusia bersikap 'give and take' dan 'reverse emotion'. Ataupun situasi menang-menang, yang kita semua tahu hanya nak menegakkan benang yang basah. Bila memikirkan pertelingkahan aku dan sedara aku itu, adakah patut dia menuduh aku seperti itu, sedangkan aku yang selalu menyokong apa dia lakukan selama ini. Tergamak benar dia. Itulah manusia, mudah sangat lihat daripada luaran tetapi tak menyiasatnya dengan terperinci. Jangan la nak kata aku ini hipokrit. Terima kasih atas itu ya, semoga berbahagia.

Harap dengan penulisan ini dapat meredakan sedikit kesukaran untuk tidur malam ini, jam sudah menunjukkan tepat 4 pagi. Esok ada tugas penting mahu dilaksanakan. Luahan di atas hanya sekadar renungan kita bersama.

Friday, January 22, 2010

Dalam Kehidupan...

Dalam kehidupan kita, Allah swt akan bagi kita satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita…

Sekiranya kita terleka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya…

Tapi kita tidak pernah sedar dan dan mcuba untuk menilai kehadirannya…

Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah pun kehilangannya…

Masa itulah baru kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna…

Tapi mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat itu lah
"Jadi fahamilah hati seseorang itu dengan sedalamnya dan curahkan rasa kasih sayang kepadanya dengan seikhlas hatimu"…

Adakalanya…

Sebuah coretan khas untuk semua…adakalanya…

Adakalanya kita perlu menangis supaya kita sedar hidup ini bukan sekadar untuk bergembira sahaja…

Adakalanya pula kita perlu bergembira supaya kita sedar betapa mahalnya harga setitis air mata…

dan adakalanya juga kita perlu menghargai apa yang ada di hadapan mata…

Kerana apabila kita kehilangannya saat itu barulah kita sedar betapa ia amat bermakna buat diri kita…

------------------------------------------------------

Dan mungkin juga kita sudah terlambat pada tika itu…

Sebuah coretan...

credit to YUHANIS…@);=—–

Lawak Santai

Askum…slamat hari hari kepada smua…hari ni En. AeroL xtau nak tulis apa hari ni…tp hari ni dr nak selitkan sedikit lawak2 yg nak kita kongsi kan bersama…renung2kanlah selamat beramal..

Lawak 1:

Tiket wayang

suatu pagi lan pegi tengok wayang. sesampai je kat kaunter pembayaran:

kaunter: bang, cite hari ni best la.

lan: cite apa bang.main tembak tembak ye.berape harga bang.

kaunter: RM10 je. tak mahal.ambik tiket ni.

lan: Sy tak nak bayar RM10.Saya bayar RM5 je.

kaunter: apsal plak!! kau ni dah melampau dah.

lan: abang tau tak. saya tak nak bayar RM10 sebab saya tengok dengan sebelah mata je. yang sebelah lagi buta.

Lan pun beredar lalu masuk ke panggung. abang kaunter pun tenganga je


Lawak 2:

TIKET

Abu sedang beratur untuk membeli tiket bas.

KAUNTER : Mahu ke mana, encik?

ABU : Ipoh. Bas pukul 2 petang.

KAUNTER : Berapa orang?

(Abu memandang pada isterinya yang sedang mengandung 6 bulan)

ABU : Dua setengah orang!

KAUNTER: ???

Lawak 3:

Kipas

Ali first time naik k/terbang. Selepas 10 minit dalam k/terbang dia rasa panas lalu dia panggil pramugari


Ali: Cik, apsal dalam k/terbang ni panas?


Pramugari: Maaf la encik, enjin tak start lg.


Ali diam. Selepas 10 minit enjin dihidupkan Ali pandang ke luar tingkap n nampak terkejut. Dia pun panggil pramugari td


Ali: Cik, kalau mcm ni sampai bila pun tak sejuk.


Pramugari: Apsal encik ckp mcm tu?


Ali: Abis tu diorang pasang kipas kat luar mcm mana nak sejuk kat dalam…


Pramugari: ?????


Lawak 4:

BETUL KE?

Situasi ini berlaku di dalam kelas

Guru: Anand! simbol sains bagi oksigen apa?.

Anand: O2 cikgu.

Guru: Bagus.

Guru:Fendi! simbol sains bagi air apa?.

Fendi: h,i,j,k,l,m,n,o cikgu.

Guru:???????.

(Simbol sains utk air ialah H2O) bengap tol dak ni



Lawak 5:

telur

Suatu pagi si isteri menyediakan sarapan untuk si suami.Dua keping roti, segelas susu dan dua telur rebus separuh masak…

Suami: Ehhh..Salah ni..Aku tak nak, aku nak telur goreng.

Isteri: Semalam abang kata nak telur rebus.

Suami: Itu semalam..sekarang aku nak telur goreng,cepat.Lain kali aku nak telur goreng,faham…!!!

Tanpa banyak kerenah si isteri pun menggoreng 2 biji telur goreng.


Esoknya….

Suami:Apa ni salah lagi, aku nak telur rebus…..

Isteri:Tapi..

Suami:Takda tapi-tapi.Aku nak telur rebus sekarang….

Suatu pagi yang lain pulak….

Oleh kerana dua kali tersalah, si isteri membuat keputusan tak nak kesalahan berulang lagi. Sebiji digoreng dan sebiji lagi direbusnya. Seperti biasa si suami duduk dimeja makan..

Suami: Asyik buat salah aje…Berapa kali nak cakap….Yang digoreng ni sepatutnya kau rebus, dan yang direbus ni plak sepatutnya digoreng…Itu pun tak paham-paham lagi ke..????

Isteri:…(Gila ke suami aku ni)….!!!!!


Lawak 6:

durian

Pada satu petang salah seorang anggota tentera singah di kedai orang asli yang menjual 
durian pada mula nya orang asli itu bertanya kan anggota tentera.

o.asli>dari mana?

tentera>baru balik.

o.asli>baru ke kat c ni?

tentera>ya

o.asli>bangsa apa?

belum sempat menjawab tentera tersebut terus menanya kan harg buah yang nak di beli
nya.

tentera>berapa selongok?

o.asli>sepe-sepe

lalu angota tentera itu menganguk kan kepala nya konon nya paham dan menawar harga
durian tadi.

tentera>kasi kurang sikit lah!

o.asli>boleh! boleh. berapa?

tentera>pitu-pitu.

orang asli tu pun ternganga lalu bertanya.

o.asli>pitu-pitu tu berapa?

lalu tentera menjawab

Tentera>bagi tau dulu sepe-sepe tu berapa. haha…kelakar ar


okla sampai di sini sahaja yang dapat dr Vruz dapat mengarut kat cni haha
jadi renung2kanla selamat beramal…wasalam…!!!


di: serdang upm
ditulis pada; Hari selasa 15 April 2008
pada pukul bape?: 4:43 pm